Hiraniaga Sdn Bhd

logo baruLATAR BELAKANG HIRANIAGA SDN BHD

 

Hiraniaga Sdn Bhd (HNSB) telah ditubuhkan pada bulan Julai tahun 2000. Terletak kira-kira 6 kilometer dari Bandar Klang. Syarikat Hiraniaga ditubuhkan dengan modal berbayar dan modal dibenarkan sebanyak RM 100,000 (seratus ribu ringgit) . Encik Zulkefli bin Hussin dan Encik Muhd Ridzuan bin Jaafar adalah individu yang terlibat dalam penubuhan awal Syarikat Hiraniaga Sdn Bhd.

 

Fokus syarikat adalah menjalankan perniagaan dalam bidang Catering Services (HCS), Hira’ Bakery (HB) dan Hira’ Trading (HT). Syarikat ini adalah milik penuh kepada Kumpulan Srihira Sdn. Bhd.( KSSB ) yang menjadi pemegang utama kepada Institut Pendidikan Hira. Objektif utama penubuhan Hiraniaga adalah untuk menjadi syarikat yang menjana pendapatan dan membantu peningkatan kualiti kemudahan pendidikan di Institut Pendidikan Hira sendiri.

 

Dalam  untuk meninggikan lagi kualiti Institut Pendidikan Hira’ ini, maka banyaklah kemudahan yang perlu diperkemaskan mahu pun dipertingkatkan. Dengan pengembangan syarikat ini adalah menjadi harapan agar ia mampu untuk menghasilkan dana tambahan kepada  peningkatan kualiti Institut Pendidikan Hira’ insyaAllah. Semoga segala sumbangan daripada semua pihak yang terlibat akan menjadi sebahagian kepada pengukuhan sistem pendidikan Islam yang holistik.

 

 

Facebook Hiraniga Sdn Bhd

TOP