KBSM

PAKEJ SAINS TULEN AGAMA    

  •     BAHASA MELAYU
  •     BAHASA INGGERIS
  •     BAHASA ARAB
  •     MATHEMATIK
  •     MATHEMATIK TAMBAHAN
  •     SEJARAH
  •     FIZIK
  •     KIMIA
  •     BIOLOGY
  •     P Q S
  •     P S I

PAKEJ KEMANUSIAAN AGAMA

  •     BAHASA MELAYU
  •     BAHASA INGGERIS
  •     BAHASA ARAB
  •     MATHEMATIK
  •     MATHEMATIK TAMBAHAN
  •     SEJARAH
  •     FIZIK
  •     KIMIA
  •     PRINSIP AKAUN/PERDAGANGAN
  •     P Q S
  •     P S I

ALIRAN IKHTISAS PROFESIONAL

  •     Bahasa Arab
  •     Bahasa Inggeris
  •     BAhasa Melayu
  •     Matematik
  •     Sejarah
  •     Sains
  •     PQS
  •     PSI
  •     Prinsip Akaun/Perdagangan
  •     Ekonomi
  •     Matematik Tambahan*

TINGKATAN 1                                                                            

SILLIBUS KEM PEL MAL – 10

  •     B.ARAB

M/P MUSLEH

  •     Usuluddin (UAD)
  •     As Syariah (AS)
  •     Komputer (ICT)
  •     SEERAH
  •     AQIDAH
  •     HADITH/TAFSIR
  •     FIQH
  •     ATH

TINGKATAN 2 DAN 3

SILLIBUS   KPM - 9

  •     B.ARAB

M/P MUSLEH

  •     TARIKH ISLAMI
  •     AQIDAH
  •     HADITH
  •     FEQAH
  •     ATH
  •     KOMPUTER*

SISTEM PENDIDIKAN BERSEPADU SMIH beroperasi secara berasrama penuh sejak berpindah ke tapak Jeram. Semua pelajar diwajibkan tinggal di asrama dan mengikuti semua program yang diatur oleh pihak sekolah. Selain daripada mempelajari bidang ilmu, mereka juga dididik dan ditaksirkan di dalam satu sistem yang dikenali sebagai Sistem Pentaksiran Pelajar MUSLEH (SPPM) di mana setiap pelajar akan diperkembangkan potensi diri dalam semua bidang secara seimbang dan berterusan.

Bidang-bidang lain merangkumi bidang Ibadah, Iman, Kemampuan dan Akhlaq. Para pelajar disusun dalam kumpulan-kumpulan kecil dan dibimbing oleh mentor yang terdiri daripada guru-guru dan para pelajar yang terpilih untuk membimbing pelajar supaya mempunyai kekuatan kerohanian dan fikrah Islam yang mantap.

Bagi membina peribadi pelajar yang mempunyai kekuatan fizikal dan mental, para pelajar diwajibkan mengikuti program Kadet Remaja Sekolah Musleh, iaitu sebuah pasukan uniform bersepadu yang menitikberatkan aspek kepimpinan, disiplin dan ketrampilan serta tahan lasak. Hafazan dan tilawah Al-Quran merupakan salah satu aspek yang diberi penekanan.

Bagi pelajar yang berminat dan layak dalam menghafaz Al-Quran, mereka boleh mengikuti pengajian hafazan Al-Quran secara khusus di Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ selama dua (2) tahun samada selepas UPSR atau PMR kemudian mereka akan menyambung kembali pendidikan seterusnya di SMIH. Para pelajar juga dilibatkan dalam aktiviti persatuan dan kelab di mana banyak persatuan dan kelab ditubuhkan meliputi subjek-subjek dan bidang-bidang yang boleh membantu memperkembangkan potensi pelajar seperti kemahiran usahawan dan rekacipta serta seni bela diri.

Tidak ketinggalan dalam bidang sukan dan permainan seperti bolasepak, bolajaring, ping-pong, badminton. Antara acara tetap ialah sukan tahunan dan penyertaan dalam perlawanan persahabatan.

TOP