Sistem Pendidikan

Sistem Pentaksiran Pelajar Musleh SPPM

SPPM adalah sistem pentaksiran yang merangkumi aspek non-kognitif yang menumpukan dalam bidang akhlak dan moral yang meliputi konstruk kekeluargaan, amanah dan berbudi bahasa. Keluarga adalah elemen terpenting dalam pembentukan insan terbilang. Keluarga yang ceria, sejahtera dan berkasih sayang amat diperlukan dalam pembentukan akhlak anak-anak.

Suasana saling tolong menolong dalam rumahtangga, bermanis muka, berlapang dada, bertolak ansur dan hormat menghormati akan mewujudkan pembentukan peribadi anak-anak positif. Anak-anak yang dibimbing agar sentiasa memelihara kebersihan diri, mewujudkan suasana rumah yang ceria serta berkomunikasi yang baik akan melahirkan anak yang berakhlak mulia.

SPPM menggabungkan proses penilaian formatif dan sumatif yang merangkumi kedua-dua aspek kognitif dan non-kognitif. Ia adalah satu sistem pentaksiran yang menyeluruh melalui proses menimbulkan kesedaran tentang perlunya sistem pentaksiran yang menyeluruh, kemudian mengenal pasti konstrukyang harus ditaksir, menentukan instrumen yang sesuai, menghasilkan kerangka konstruk, menghasilkan satu dokumen penerangan tentang kerangka tersebut, menghasilkan atau membina sistem pentaksiran total dan menatar ( Dr. Khodori, 2001 ).

Dalam peringkat pembangunan SPPM, pelbagai pihak yang terdiri dari individu, guru serta pentadbir telah berbengkel bagi menjana konstruk insan rabbani sebagaimana yang terdapat pada Falsafah Pendidikan Islam Musleh. Setiap konstruk dipecahkan pula kepada beberapa aspek dan kriteria. Aspek dan kriteria inilah yang akan menjadi piawaian bagi mengukur pencapaian pelajar terhadap konstruk tersebut

TOP