Maklumat Logo

logo smih 1

1. Sekolah Menengah

Bulatan penuh
Pemilihan bulatan penuh sebagai latar belakang logo sekolah melambangkan kesyumulan Islam sebagai pegangan kerana ciri kesempurnaan yang terdapat dalamnya. Ini sesuai dengan perintah Allah kepada hamba-hambanya supaya beramal dengan Islam secara menyeluruh

Firman Allah swt yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman masuklah kamu kedalam Islam keseluruhannya dan jangan kamu mengikut jejak langkah syaithan, sesungguhnya syaithan adalah musuh kamu yang nyata."

Motto
Di dalam bulatan berwarna hijau terpampang motto Sekolah menengah Islam Hira iaitu وأعدوا yang membawa maksud bersedialah kamu semua.Persediaan yang dimaksudkan dari segi rohaniah, fikriah, jasmaniah dan aqliah. Ketiga-tiga persediaanini amat penting dan perlu ditanamkan pada setiap diri pelajar agar ianya dapat dimanfaatkan oleh mereka untuk menghadapi masla-masa yang akan datang yang penuh dengan dugaan dan pancaroba.

Warna Hijau
Melambangkan Keamanan, kesentosaan dan kedamaian hidup di bawah naungan Islam.

Warna Kuning
Lambang kesucian dan kepatuhan kepada Islam

Warna Putih
Melambangkan kesucian dan fitrah kepada Islam.

Bintang 8 bucu
Arah mata angin melambangkan arah tuju ilmu Islam setelah ianya dipelajari dan diamalkan.

Kitab terbuka
Sebuah kitab yang terdapat di bintang lapan berkenaan berkenaan itu adalah kitab Al-Quran sebagai kitab petunjuk, pemimpin jalan dan sumber segala ilmu pengetahuan untuk dikaji dan dihayati oleh setiap insan serta disebarkan ke serata pelusuk dunia.

Bulan sabit
Kesucian Islam sebagai Ad-Deen yang merupakan asas pendidikan di Hira.

logosrih

2. Sekolah Rendah Islam Hira

Bulatan Penuh

Lencana Sekolah Rendah Islam Hira' berbentuk bulat dengan bergaris pusat berukuran 40mm, melambangkan kesyumulan Islam yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia. Inilah kefahaman asas yang ditekankan kepada para pelajar SRI Hira'

Buku

Buku melambangkan ilmu pengetahuan yang mana Al-Quran dan Hadith merupakan sumber utamanya dan menjadi teras kepada sistem pendidikan Hira'

Warna Putih & Hijau

Warna latarbelakang putih bermaksud keadaan murid-murid yang masih suci apabila memasuki sekolah. Adalah menjadi hasrat sekolah dengan kerjasama ibubapa untuk mewarnakan peribadi murid-murid dengan akhlak Islam yang mulia lagi terpuji dan mengambil Rasulullah sebagai contoh. Inilah juga tafsiran warna hijau (yang lazimnya dikaitkan dengan Islam) yang menjadi warna utama logo sekolah.

Motto

Motto "Ilmu Diamal Iman Ditingkat" adalah rumusan kepada konsep yang ingin diterapkan kepada murid-murid iaitu segala ilmu (kebenaran) yang diterima tidak akan memberi manfaat selagi tidak diamal dan dihayati. Sesungguhnya hanya orang yang beriman sahaja akan sedaya upaya menterjemahkan ilmu dan amal kepada amalan. InsyaAllah, dengan cara itu tahap keimanan di jiwa murid akan meningkat lantaran bertambah eratnya hubungan mereka dengan Allah S.W.T Pencipta Sekalian Alam.

TOP