Syarat Kemasukan Sekolah Menengah

Sekolah Menengah

  1. Dapatkan borang di Pejabat Sekolah Menengah dan isi dengan lengkap. Sertakan 3 keping gambar anak berukuran pasport dan 1 salinan surat beranak.dan pendaftaran juga boleh dibuat secara online dengan muat turun borang pada laman web sekolah www.hira.edu.my.
  2. Surat tawaran akan dihantar sekiranya berjaya mendapat tempat di SMIH
  3. Syarat kemasukan SMI :
  • Memohon masuk ke SMI
  • Keutamaan diberi kepada Sekolah Hira dan Rangkaian Musleh
  • Boleh membaca Al Quran dengan baik
  • Bahasa Arab dan Pendidikan Islam adalah A
  • Mendapat keputusan UPSR sekurang-kurang 4A1B dan syahsiyyah mendapat A
  • Mendapat keputusan PMR 5A2B dan Syahsiyyah A
  • Ujian Kemasukan dikenakan kepada Murid SK dan SMK bagi matapelajaran Bahasa Arab, Fiqh,Matematik, Bahasa Inggeris dan Bacaan Al-Quran dengan bayaran.

Mahaad Tahfiz Al-Quran

  1. Dapatkan borang di Pejabat Sekolah Menengah dan isi dengan lengkap. Sertakan 3 keping gambar anak berukuran pasport dan 1 salinan surat beranak.pendaftaran juga boleh dibuat secara online dengan muat turun borang pada laman web sekolah www.hira.edu.my.
  2. Surat panggilan untuk Ujian Diagnostik (anak) dan temubual ibu bapa (permohonan baru) akan dikeluarkan. (Julai-Ogos)
  3. Hari Ujian Diagnostik dan Temubual ibu bapa. (Ogos-September)
  4. Keputusan Ujian Diagnostik dikeluarkan sekitar bulan September-Oktober
  5. Seminar Kemasukan kepada semua ibubapa yang ditawarkan akan diadakan pada bulan Ogos setiap tahun untuk pihak sekolah menerangkan visi, misi, falsafah Pendidikan hira dan Pembangunan Hira serta prestasi sekolah kepada ibubapa.
  6. Surat tawaran akan dihantar sekiranya berjaya mendapat tempat di Mahaad Tahfiz Hira.
  7. Sebarang pertanyaan sila hubungi pejabat SMI/Mahaad :0332647612
TOP