MAKLUMAN RASMI JABATAN KEWANGAN HIRA

KEPADA IBUBAPA & PENJAGA

Sekolah Rendah Islam Hira
Sekolah Menengah Islam Hira
Maahad Tahfiz Al- Quran Hira


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


PER:  PENDAFTARAN SEMULA SESI PERSEKOLAHAN 2018

Semoga Tuan/Puan di dalam keadaan sihat sejahtera dan dilindungi Allah SWT. Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Adalah dimaklumkan bahawa *Pendaftaran Semula bagi sesi persekolahan 2018 telah dibuka dan TARIKH TUTUP pendaftaran adalah pada 31 Disember 2017 (Ahad).*Pendaftaran semula perlu dilakukan bagi mengesahkan keinginan anak tuan/puan meneruskan pembelajaran di Institut Pendidikan Hira’pada tahun hadapan.

3.         Bagi urusan pendaftaran semula 2018, tuan/puan WAJIB membayar terlebih dahulu yuran-yuran berikut :

(a) Yuran Pendaftaran Semula
(b) Yuran Tahunan (bayaran penuh @ ½ tahun)
(c) Yuran Pengajian Bulanan Bulan Januari
(d)  Yuran PIBG (setahun/keluarga)


Sehubungan dengan itu, sebelum pendaftaran dibuat, tuan/puan terlebih dahulu perlu melunaskan baki Tunggakan Yuran Pengajian Tahun 2017 dan dari Tahun 2012 -2016 (jika ada).

4.         Kaedah pembayaran yuran boleh dilakukan dengan dua (2) cara ini :-

(a) Tunai/Cek/Kad Debit @ Kredit di Kaunter Kewangan
(sila HADIR ke pejabat kewangan hira sebelum tarikh tutup pendaftaran semula)


(b) Pindahan Bank / Deposit Tunai / Bank atas Talian/JomPAY
(slip bayaran hendaklah dilampirkan melalui WhatsApp & email kepada pejabat kewangan hira.)


Pembayaran boleh dibuat melalui bank – bank berikut:
          
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD:

1)   Sek Ren Islam Hira (120-100-100-11504)
2)   Sek Men Islam Hira (120-100-100-19012)
3)  Maahad Tahfiz Al Quran Hira (120-100-100-52948)


MALAYAN BANKING BERHAD:
Srihira Development Sdn Bhd (012-110-320-962)

Nota: Bagi pembayaran yuran melalui JomPAY, tuan/puan perlu masukkan maklumat – maklumat berikut :

(1) Biller code            : 64170 atas nama SEKOLAH SRIHIRA (info wajib)
(2) Ref.1                     : No. Matrik Pelajar (info wajib : contoh : PR 2383)
(3) Ref.2                     : Jenis Bayaran Yuran (info wajib : contoh, Yuran Bulan Januari 2018)


5.         Sekiranya gagal untuk membuat pembayaran sebelum atau pada tarikh tutup pendaftaran semula, anak – anak tuan/puan akan ditahan dari memasuki ke kelas sehingga pembayaran dijelaskan.


6.         Segala kerjasama dan perhatian tuan/puan amat kami dihargai. Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 03-33437595, SMS, WhatsApp ke 
019 - 2857595 (Pejabat Kewangan Hira’), ATAU menerusi email kami: kewsdsb@yahoo.com ATAU kewangan@hira.edu.my


Sekian dimaklumkan. Terima kasih.



‘MEMBENTUK INSAN RABBANI’


Yang melaksanakan amanah,
‘AISYAH BINTI KAMARUZAMAN
Eksekutif Kanan Kewangan KSSB


s.k :

1. Wan Norzila bt Wan Jaafar 
(Guru Besar SRIH)

 2.Isharuddin bin Ismail
(Pengetua SMIH / MTQH)

3. Fail Pengurus Besar KSSB

TOP