Font Size

Profile

Layout

Direction

Menu Style

Cpanel

LATIHAN KEBAKARAN BERSAMA BOMBA

  • PDF

100 1786Fire Drill atau Latihan Kebakaran adalah antara langkah persediaan yang penting untuk mempersiapkan pelajar, guru dan kakitangan sekolah apabila menghadapi keadaan sebenar semasa kebakaran. 

Jawatankuasa Keselamatan, Kecerian, Kebersihan dan Kesihatan  (JK4K) Sekolah Rendah Islam Hira Klang yang mendapat kerjasama penuh Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Cawangan Klang Utara telah berjaya mengadakan satu latihan kebakaran pada 20 April 2012 yang lalu. 

JK4K SRIH dibawah penyelarasnya, MUALLIMAH TIMAHNOR YUSOFF telah menggariskan beberapa objektif untuk latihan seumpama ini seperti:


100 17711.   Pelajar/Guru/Kakitangan dapat menyelamatkan diri jika sekiranya berlaku kebakaran
2.   Pelajar/Guru/Kakitangan dapat berwaspada sentiasa dan berhati-hati dengan kebakaran.
3.   Pelajar/Guru/Kakitangan dapat mengikuti laluan untuk menyelamatkan diri ketika berlaku kebakaran 

Latihan Kebakaran yang dirancang pada jam 9.00 pagi telah dimulakan dengan pihak sekolah membunyikan siren tepat jam 9:00 pagi dikuti dengan semua murid keluar dari kelas dan beratur di tepi kelas dan terus berjalan menuju ke tempat berhimpun di padang ketika berlaku kebakaran. Semua guru, murid SRIH, murid Tadika, pekerja Kantin dan kanak-kanak di Nurseri bergegas menuju ke tempat perhimpunan semasa berlaku kebakaran atau kecemasan.

100 1784Pasukan Bomba yang tiba dianggotai oleh 6 orang termasuk pemandu. Sejurus tiba, pasukan yang lengkap berpakaian operasi iaitu pakaian No. 5 terus melarikan dua hos dan memadam api yang telah dipasang khas untuk latihan kebakaran ini. Memang cekap dan pantas... Tahniah kepada pasukan Bomba!!!

Selepas itu, pihak Bomba turut mengadakan demontrasi memadam api diatas air. Ya.. Sememangnya bahan api yang terapung diatas air akan terus terbakar sehingga habis sekiranya bahan untuk memadam api tersebut tidak sesuai. Di sini, bahan yang sesuai ialah bahan jenis serbuk atau buih yang pastinya dapat memisahkan api dengan udara (oksigen) dan seterusnya memadamkan api tersebut. Sekiranya air digunakan, api hanya akan bertambah besar.

100 1799Beberapa orang termasuk guru, pelajar dan kakitangan turut beraksi memadamkan api menggunkan alat fire extinguisher ini. Semoga apa yang dibuat semasa latihan ini akan dapat diaplikasikan sekiranya berada keadaan sebenar.

Sekali lagi... Tahniah dan terima kasih kepada JK4K SRIH dan Pasukan Bomba yang telah menjalankan tugas yang cemerlang demi untuk persediaan dan keselamatan warga Institusi Pendidikan Hira (IPH)100 1807

100 1800

LAST_UPDATED2

You are here