KEPADA IBUBAPA & PENJAGA

Sekolah Rendah Islam Hira
Sekolah Menengah Islam Hira
Maahad Tahfiz Al- Quran Hira


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


PER:  PENDAFTARAN SEMULA SESI PERSEKOLAHAN 2018

Semoga Tuan/Puan di dalam keadaan sihat sejahtera dan dilindungi Allah SWT. Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Adalah dimaklumkan bahawa *Pendaftaran Semula bagi sesi persekolahan 2018 telah dibuka dan TARIKH TUTUP pendaftaran adalah pada 31 Disember 2017 (Ahad).*Pendaftaran semula perlu dilakukan bagi mengesahkan keinginan anak tuan/puan meneruskan pembelajaran di Institut Pendidikan Hira’pada tahun hadapan.

3.         Bagi urusan pendaftaran semula 2018, tuan/puan WAJIB membayar terlebih dahulu yuran-yuran berikut :

(a) Yuran Pendaftaran Semula
(b) Yuran Tahunan (bayaran penuh @ ½ tahun)
(c) Yuran Pengajian Bulanan Bulan Januari
(d)  Yuran PIBG (setahun/keluarga)


Sehubungan dengan itu, sebelum pendaftaran dibuat, tuan/puan terlebih dahulu perlu melunaskan baki Tunggakan Yuran Pengajian Tahun 2017 dan dari Tahun 2012 -2016 (jika ada).

4.         Kaedah pembayaran yuran boleh dilakukan dengan dua (2) cara ini :-

(a) Tunai/Cek/Kad Debit @ Kredit di Kaunter Kewangan
(sila HADIR ke pejabat kewangan hira sebelum tarikh tutup pendaftaran semula)


(b) Pindahan Bank / Deposit Tunai / Bank atas Talian/JomPAY
(slip bayaran hendaklah dilampirkan melalui WhatsApp & email kepada pejabat kewangan hira.)


Pembayaran boleh dibuat melalui bank – bank berikut:
          
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD:

1)   Sek Ren Islam Hira (120-100-100-11504)
2)   Sek Men Islam Hira (120-100-100-19012)
3)  Maahad Tahfiz Al Quran Hira (120-100-100-52948)


MALAYAN BANKING BERHAD:
Srihira Development Sdn Bhd (012-110-320-962)

Nota: Bagi pembayaran yuran melalui JomPAY, tuan/puan perlu masukkan maklumat – maklumat berikut :

(1) Biller code            : 64170 atas nama SEKOLAH SRIHIRA (info wajib)
(2) Ref.1                     : No. Matrik Pelajar (info wajib : contoh : PR 2383)
(3) Ref.2                     : Jenis Bayaran Yuran (info wajib : contoh, Yuran Bulan Januari 2018)


5.         Sekiranya gagal untuk membuat pembayaran sebelum atau pada tarikh tutup pendaftaran semula, anak – anak tuan/puan akan ditahan dari memasuki ke kelas sehingga pembayaran dijelaskan.


6.         Segala kerjasama dan perhatian tuan/puan amat kami dihargai. Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 03-33437595, SMS, WhatsApp ke 
019 - 2857595 (Pejabat Kewangan Hira’), ATAU menerusi email kami: kewsdsb@yahoo.com ATAU kewangan@hira.edu.my


Sekian dimaklumkan. Terima kasih.



‘MEMBENTUK INSAN RABBANI’


Yang melaksanakan amanah,
‘AISYAH BINTI KAMARUZAMAN
Eksekutif Kanan Kewangan KSSB


s.k :

1. Wan Norzila bt Wan Jaafar 
(Guru Besar SRIH)

 2.Isharuddin bin Ismail
(Pengetua SMIH / MTQH)

3. Fail Pengurus Besar KSSB

JAMUAN MAKAN MALAM SEMPENA HARI GURU 2017 ini telah dianjurkan oleh PIBG IPH kali ini di Medan Ikan Bakar Pantai Jeram pada 11 Ogos 2017 jam 7.45 malam.

 

IMG-20170809-WA0020

IMG-20170812-WA0019

Penyerahan kutipan Tabung Sumbangsih kepada Guru Besar SRIH sempena Sambutan Hari Guru 2017

IMG-20170812-WA0020

Penyerahan kutipan Tabung Sumbangsih kepada Pengetua SMIHTQ sempena Sambutan Hari Guru 2017

IMG-20170812-WA0021

 

Barisan AJK PIBG bersama Pengurus Besar Kumpulan Srihira Sdn Bhd, En Mohamed Fariz Mohamed Fadhlullah

TOP