|
Ibubapa Sebagai Rakan Kongsi |
|
|
|
|
Ibubapa Sebagai Rakan Kongsi Assalamualaikum,
semoga tuan/puan sekeluarga dalam rahmat dan peliharaanNya selalu. 2.Untuk makluman pihak tuan/puan, sehingga bulan Mac 2010 tahun ini, Jawatankuasa Disiplin Sekolah telah mengambil tindakan terhadap beberapa pelajar yang terlibat dalam kes (melanggar batasan syara'). Punca utama kes ini ialah perhubungan pelajar (lelaki dan perempuan) tanpa kawalan melalui internet/hubungan telefon terutamanya semasa cuti sekolah ketika pelajar balik ke rumah.
3. Pihak sekolah memandang serius perkara ini dan hubungan cinta antara
pelajar merupakan kesalahan berat dalam peraturan sekolah. justeru pihak
sekolah memohon kerjasama ibubapa sebagai rakan kongsi memantau pergaulan
anak-anak dalam penggunaan internet, telefon dan lain-lain supaya gejala ini
dapat dibenteras. 4. Dalam meningkatkan disiplin pelajar, pihak sekolah juga telah menetapkan
supaya semua pakaian dan peralatan pelajar dilabelkan. Ini adalah untuk
mengelakkan kecurian, pelajar bertukaar pakaian dan juga membolehkan pihak
sekolah mengenalpasti pakaian /peralatan pelajar yang terbiar untuk daambil
tindakan. 5.Pihak sekolah menetapkan tarikh akhir pelabelan (ditanda dengan pen yang
sesuai) sehingga 8 April 2010. Selepas tempoh tersebut, Pelajar akan didenda
RM0.50 bagi pakaian/ peralatan yang tidak dilabelkan. |