:
Mengenai%20Kami%20(SRIH)


 

 

 

Mengenai Kami


Sekolah Rendah Islam Hira' (SRIH) telah berdaftar dengan JAIS pada tahun 1993 dan berdaftar dengan KPM pada tahun 1999. Pada tahun 2003, SRIH sekali lagi telah didaftarkan semula dengan JAIS dengan pendaftaran sementara di bawah Enakmen No. 2 1988 Pindaan No. 7 2001. 

SRIH menjalankan sistem pendidikan bersepadu dengan KBSR dan Kurikulum Diniyyah (MGBSIM / MUSLEH) serta Kurikulum Bersepadu Hira'. SRIH turut melaksanakan sistem penilaian dan pentaksiran yang baharu iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

VISI


 Menjadi Institusi yang menerajui sistem pendidikan Islam Holistik dan Inovatif.

MISI


 Membina tokoh masyrakat yang bersifat Rabbani melalui sistem Pendidikan Islam yang menyeluruh, Unggul dan dihormati.

Objektif 


  • Mengembangkan potensi murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual bersesuaian dengan tahap perkembangan murid yang berumur di antara 7 hingga 12 tahun.
  • Melahirkan murid yang menghayati nilai islam ke arah mewujudkan sebuah masyarakat berdaya maju, harmonis, inovatif dan progresif.
  • Menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang progresif melalui pembinaan dan menambah semangat cintakan ilmu.
  • Membentuk dan melahirkan murid yang berilmu, beriman dan menghayati akhlak muslim.
  • Mengasah kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Melayu, Arab dan Inggeris.
  • Mengajar mengenali manusia dan ciptaan Allah yang lain, peranan serta hubungan di antara keduanya sesuai dengan tahap perkembangan umur murid.
  • Menyerapkan asas Ad-Deen islam yang kukuh.
  • Menyediakan kemahiran membaca dan pemahaman Al-Quran.
  • Menyuburkan bakar dan potensi semulajadi murid ke arah pencapaian kendiri.

Falsafah


Pendidikan yang berteraskan Tauhid bermatlamat untuk membina, membentuk dan melahirkan insan Rabbani yang beriman, berilmu dan berakhlak serta berkemampuan membentuk kehidupan diri, keluarga, masyrakat, negara dan dunia seperti mana yang dituntut oleh Al-Quran dan As-Sunnah melalui sistem pendidikan yang terkini, seimbang, bersepadu, menyeluruh dan berterusan. 

Matlamat


  • Mewujudkan suasana ubudiyyah kepada Allah melalui pembinaan INSAN & MASYRAKAT YANG SOLEH.
  • Membina dan menyediakan INSAN untuk menjadi KHALIFAH ALLAH agar dapat memikul tanggungjawab terhadap :
    1. Diri sendiri
    2. Keluarga
    3. Masyarakat
    4. Alam Sekitar 

SPPIM (Sistem Pentaksiran Pelajar IKRAM MUSLEH)


Sistem Pentaksiran Pelajar IKRAM MUSLEH (SPPIM) merupakan pentaksiran pencapaian murid secara menyeluruh meliputi semua aspek pembentukan insan seperti yang disebut di dalam Falsafah Pendidikan Hira'.

SPPIM diasaskan kepada falsafah pendidikan islam yang bertujuan melahirkan insan rabbani iaitu insan musleh yang memiliki akhlak yang terpuj dan bermanfaat kepada orang lain. Mereka menjadi contoh, ikutan dan pembimbing kepada orang lain.

Asas kepada prinsip SPPIM adalah untuk mencapai kejayaan melalui tindakan yang ikhlas kerana Allah.

 

Disediakan oleh : Jabatan Sumber Manusia