:
MENGENAI KAMI (MTQH)


Mengenai Kami

 

Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ (MTQH) ditubuhkan pada tahun 1994, dengan pelajar seramai 5 orang. MTQH bertempat di Lot 236-S, Kg. Batu Belah, Klang, Selangor. Oleh permintaan yang ramai MTQH telah berpindah ke Kg. Kubu Gajah, Paya Jaras, Sg. Buloh, Selangor pada tahun 1997. Seterusnya MTQH telah berpindah ke lokasi baru kerana permintaan yang semakin tinggi daripada masyarakat iaitu di Lot 1331/1332, Kg. Sg. Sembilang, Jeram, Kuala Selangor pada tahun 1999 sehingga sekarang. Maahad Tahfiz Al Quran Hira’ sejak ditubuhkan telah didaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) : No. SPS/PRP/08/2(SEM)-113 dan bergabung sebagai ahli Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS) : 2004-006-008 pada tahun 2004. Matlamat utama penubuhan MTQH adalah untuk melahirkan para huffaz professional untuk diri, keluarga, masyarakat, negara dan dunia. Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ melaksanakan Kurikulum Tahfiz Sepenuh Masa (TSM) selama 2 tahun dan seterusnya melanjutkan ke pendidikan arus perdana di Sekolah Menengah Islam Hira’.

 

 

Falsafah Misi & Visi

 

Falsafah

Pendidikan di Hira’ adalah satu proses yang berteraskan Tauhid bagi membina insan Rabbani didalam sistem yang holistik, bersepadu, seimbang dan dinamik berpandukan al-Quran dan al-Sunnah. Usaha ini adalah bagi membentuk individu yang berkemampuan membangunkan kehidupan diri, keluarga, masyarakat dan negara ke arah satu peradaban yang sejahtera demi kebahagian di dunia dan akhirat. 

  

Visi

Menjadi institusi yang menerajui sistem pendidikan Islam holistik dan inovatif

 

Misi

Membina tokoh masyarakat yang bersifat Rabbani melalui sistem pendidikan Islam yang menyeluruh, unggul dan dihormati.

 

 

 

Matlamat Penubuhan

Pada dasarnya, Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ (MTQH) ditubuhkan sebagai satu kesinambungan kepada program hafazan al-Quran yang telah pun dilalui oleh murid di peringkat yang lebih rendah sebelum ini. Ia juga merupakan suatu usaha untuk merialisasikan falsafah pendidikan Islam itu sendiri.

  1. Melaksanakan tuntutan fardhu kifayah dalam memelihara kesucian dan keagungan al-Quran.
  2. Melahirkan generasi huffaz yang mempunyai kesucian jiwa, disiplin yang tinggi serta berwibawa bagi memimpin ummat berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah.
  3. Memantapkan lagi sistem pendidikan Hira’ dengan mewujudkan program tahfiz keperingkat yang lebih tinggi.

 

 

Sistem Perlaksanaan

Untuk menjayakan matlamat ini, satu bentuk rujukan telah dijadikan asas kepada system perlaksanaan MTQH. Oleh itu perjalanan MTQH dan silibusnya adalah gabungan serta penyesuaian dari tiga institusi iaitu;

  1. Pengalaman dari ma’had tahfiz al-Quran, Darul Ulum Sabil al-Rashad,Bangalore, India dan pengalaman Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ 30 tahun.
  2. Silibus tarbiyah daripada IKRAM MUSLEH
  3. Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dari Kementerian Pelajaran Malaysia.