:
MENGENAI KAMI MTQH


FALSAFAH PENDIDIKAN HIRA’

Pendidikan di Hira adalah pendidikan berteraskan tauhid yang bermatlamat membina,

membentuk dan melahirkan insan rabbani yang beriman, berilmu dan berakhlak serta

berkemampuan membentuk kehidupan diri, keluarga, masyarakat, negara seterusnya dunia

sebagaimana yang dituntut oleh Al-Quran dan As Sunnah melalui sistem pendidikan yang

terkini, seimbang, bersepadu, menyeluruh dan berterusan.

 

Matlamat Penubuhan

Pada dasarnya, Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ (MTQH) ditubuhkan sebagai satu

kesinambungan kepada program hafazan al-Quran yang telah pun dilalui oleh murid di peringkat

yang lebih rendah sebelum ini. Ia juga merupakan suatu usaha untuk merialisasikan falsafah

pendidikan Islam itu sendiri.

  1. Melaksanakan tuntutan fardhu kifayah dalam memelihara kesucian dan keagungan al-Quran.
  2. Melahirkan generasi huffaz yang mempunyai kesucian jiwa, disiplin yang tinggi serta berwibawa bagi memimpin ummat berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah.
  3. Memantapkan lagi sistem pendidikan Hira’ dengan mewujudkan program tahfiz keperingkat yang lebih tinggi.

 

Sistem Perlaksanaan

Untuk menjayakan matlamat ini, satu bentuk rujukan telah dijadikan asas kepada system

perlaksanaan MTQH. Oleh itu perjalanan MTQH dan silibusnya adalah gabungan serta

penyesuaian dari tiga institusi iaitu;

  1. Pengalaman dari ma’had tahfiz al-Quran, Darul Ulum Sabil al-Rashad,Bangalore, India dan pengalaman Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ 30 tahun.
  2. Silibus tarbiyah daripada IKRAM MUSLEH
  3. Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dari Kementerian Pelajaran Malaysia.

 

KSSM asas mata pelajaran akademik