Mengenai Kami
Sekolah Menengah Islam Hira’ (SMIH) ditubuhkan pada penghujung bulan Disember 1991,bertempat di Lot 236-S, Kg. Batu Belah, Klang, Selangor. SMIH adalah sebuah sekolah berasrama penuh dan telah berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor dengan pendaftaran No.12S(5) Kod Sekolah : BYA 3065. Dan berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 2003 dengan menjalankan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) KPM dan Kurikulum Diniyyah Majlis Guru Besar Sekolah-Sekolah Islam Malaysia (MUSLEH). SMIH telah berpindah ke tempat baru di Lot 1331/1332, Kg. Sg. Sembilang, Jeram, Kuala Selangor, Selangor pada penghujung tahun 1998 di atas tapak seluar 10 ekar sehingga sekarang bagi menampung kemasukan pelajar yang sangat ramai. Pengambilan pelajar adalah untuk Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima setiap tahun.
Falsafah Misi & Visi
Falsafah
Pendidikan di Hira’ adalah satu proses yang berteraskan Tauhid bagi membina insan Rabbani didalam sistem yang holistik, bersepadu, seimbang dan dinamik berpandukan al-Quran dan al-Sunnah. Usaha ini adalah bagi membentuk individu yang berkemampuan membangunkan kehidupan diri, keluarga, masyarakat dan negara ke arah satu peradaban yang sejahtera demi kebahagian di dunia dan akhirat.
Visi
Menjadi institusi yang menerajui sistem pendidikan Islam holistik dan inovatif
Misi
Membina tokoh masyarakat yang bersifat Rabbani melalui sistem pendidikan Islam yang menyeluruh, unggul dan dihormati.
Objektif
Falsafah
Pendidikan yang berteraskan Tauhid bermatlamat untuk membina, membentuk dan melahirkan insan Rabbani yang beriman, berilmu dan berakhlak serta berkemampuan membentuk kehidupan diri, keluarga, masyrakat, negara dan dunia seperti mana yang dituntut oleh Al-Quran dan As-Sunnah melalui sistem pendidikan yang terkini, seimbang, bersepadu, menyeluruh dan berterusan.
Matlamat