:
MENGENAI%20KAMI%20(SMIH)


 

Mengenai Kami

 

Sekolah Menengah Islam Hira’ (SMIH) ditubuhkan pada penghujung bulan Disember 1991,bertempat di Lot 236-S, Kg. Batu Belah, Klang, Selangor.  SMIH adalah sebuah sekolah berasrama penuh dan telah berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor dengan pendaftaran No.12S(5) Kod Sekolah : BYA 3065. Dan berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 2003 dengan menjalankan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) KPM dan Kurikulum Diniyyah Majlis Guru Besar Sekolah-Sekolah Islam Malaysia (MUSLEH). SMIH telah berpindah ke tempat baru di Lot 1331/1332, Kg. Sg. Sembilang, Jeram, Kuala Selangor, Selangor pada penghujung tahun 1998 di atas tapak seluar 10 ekar sehingga sekarang bagi menampung kemasukan pelajar yang sangat ramai. Pengambilan pelajar adalah untuk Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima setiap tahun.

 

 

Falsafah Misi & Visi

 

Falsafah

Pendidikan di Hira adalah pendidikan berteraskan tauhid yang bermatlamat membina, membentuk dan melahirkan insan rabbani yang beriman, berilmu dan berakhlak serta berkemampuan membentuk kehidupan diri, keluarga, masyrakat, negara seterusnya dunia sebagaimana yang dituntut oleh Al-Quran dan As Sunnah melalui sistem pendidikan yang terkini, seimbang, bersepadu, menyeluruh dan berterusan. 

  

Visi

Menjadi institusi yang menerajui sistem pendidikan Islam holistik yang inovatif

 

Misi

Membina tokoh masyarakat yang bersifat Rabbani melalui sistem pendidikan Islam yang menyeluruh, unggul dan dihormati.

 

Matlamat

  • Mewujudkan suasana ubudiyyah kepada Allah melalui pembinaan INSAN & MASYARAKAT YANG SOLEH.
  • Membina dan menyediakan INSAN untuk menjadi KHALIFAH ALLAH agar dapat memikul tanggungjawab terhadap :
  1. Diri sendiri.
  2. Keluarga.
  3. Masyarakat.
  4. Alam Sekitar.

 

 

Objektif

 

  • Mengembangkan potensi murid dari segi jasmani dan, emosi, rohani dan intelektual bersesuaian dengan tahap perkembangan murid yang berumur di antara 13 hingga 17 tahun.
  • Melahirkan murid yang menghayati nilai Islam ke arah mewujudkan sebuah masyarakat berdaya maju, harmonis, inovatif dan progresif.
  • Menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang progresif melalui pembinaan dan menambah semangat cintakan ilmu.
  • Membentuk dan melahirkan pelajar yang berilmu, beriman dan menghayati akhlak muslim.
  • Mengasah kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Melayu, Arab dan Inggeris.
  • Mengajar mengenali manusia dan ciptaan Allah yang lain, peranan serta hubungan di antara keduanya sesuai dengan tahap perkembangan umur pelajar.
  • Menyerapkan asas Ad Deen Islam yang kukuh.
  • Menyediakan kemahiran membaca dan pemahaman Al-Quran.
  • Menyuburkan bakat dan potensi semulajadi pelajar ke arah pencapaian kendiri. 

 

 

  

Matlamat

 

  • Mewujudkan suasana ubudiyyah kepada Allah melalui pembinaan INSAN & MASYRAKAT YANG SOLEH.
  • Membina dan menyediakan INSAN untuk menjadi KHALIFAH ALLAH agar dapat memikul tanggungjawab terhadap : 
  1. Diri sendiri
  2. Keluarga
  3. Masyarakat
  4. Alam Sekitar