:
MENGENAI SRIH


 

Mengenai Kami

 

- Institusi Pendidikan Hira’ bermula dengan penubuhan Sekolah Rendah Islam Hira' (SRIH) pada tahun 1985 di Seksyen 3 Shah Alam, Selangor. Bagi menampung pertambahan pelajar, pada tahun 1987, SRIH telah berpindah ke tapak yang disewa di Lot 237-S Kampung Batu Belah, 42100 Klang Selangor.

- SRIH telah berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada tahun 1993 (No:002/1 di bawah Enakmen no .2 1988) dan dengan KPM pada tahun 1999 (No: Sel/1694/99) Baru (B1C 0039).

- SRIH menjalankan sistem pendidikan Kurikulum Bersepadu yang mengandungi kurikulum (IKRAM MUSLEH) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). SRIH turut melaksanakan sistem penilaian dan pentaksiran PKPIM.

- SRIH mula mengambil UPSR pada tahun 1995 hingga 2020. Dalam bidang ko-kurikulum murid tahap 2 diwajibkan mengikuti unit beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah Musleh (TKRSM) yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Setiap murid tahap 2 juga diwajibkan menyertai salah satu aktiviti sukan dan permainan serta kelab dan persatuan yang ada di sekolah.

 

 

 

Falsafah Misi & Visi

 

Falsafah

Pendidikan di Hira’ adalah satu proses yang berteraskan Tauhid bagi membina insan Rabbani didalam sistem yang holistik, bersepadu, seimbang dan dinamik berpandukan al-Quran dan al-Sunnah. Usaha ini adalah bagi membentuk individu yang berkemampuan membangunkan kehidupan diri, keluarga, masyarakat dan negara ke arah satu peradaban yang sejahtera demi kebahagian di dunia dan akhirat. 

  

Visi

Menjadi institusi yang menerajui sistem pendidikan Islam holistik dan inovatif

 

Misi

Membina tokoh masyarakat yang bersifat Rabbani melalui sistem pendidikan Islam yang menyeluruh, unggul dan dihormati.

 

 

Objektif

 

  • Mengembangkan potensi murid dari segi jasmani dan, emosi, rohani dan intelektual bersesuaian dengan tahap perkembangan murid yang berumur di antara 7 hingga 12 tahun.
  • Melahirkan murid yang menghayati nilai Islam ke arah mewujudkan sebuah masyarakat berdaya maju, harmonis, inovatif dan progresif.
  • Menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang progresif melalui pembinaan dan menambah semangat cintakan ilmu.
  • Membentuk dan melahirkan murid yang berilmu, beriman dan menghayati akhlak muslim.
  • Mengasah kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Melayu, Arab dan Inggeris.
  • Mengajar mengenali manusia dan ciptaan Allah yang lain, peranan serta hubungan di antara keduanya sesuai dengan tahap perkembangan umur murid.
  • Menyerapkan asas Ad Deen Islam yang kukuh.
  • Menyediakan kemahiran membaca dan pemahaman Al-Quran.
  • Menyuburkan bakat dan potensi semulajadi murid ke arah pencapaian kendiri. 

 

 

 

Falsafah

 

Pendidikan yang berteraskan Tauhid bermatlamat untuk membina, membentuk dan melahirkan insan Rabbani yang beriman, berilmu dan berakhlak serta berkemampuan membentuk kehidupan diri, keluarga, masyrakat, negara dan dunia seperti mana yang dituntut oleh Al-Quran dan As-Sunnah melalui sistem pendidikan yang terkini, seimbang, bersepadu, menyeluruh dan berterusan. 

 

 

Matlamat

 

  • Mewujudkan suasana ubudiyyah kepada Allah melalui pembinaan INSAN & MASYRAKAT YANG SOLEH.
  • Membina dan menyediakan INSAN untuk menjadi KHALIFAH ALLAH agar dapat memikul tanggungjawab terhadap : 
  1. Diri sendiri
  2. Keluarga
  3. Masyarakat
  4. Alam Sekitar