:
Sejarah%20Penubuhan%20Institusi%20Pendidikan%20Hira


Sekolah Rendah Islam Hira' (SRIH)

Sekolah Rendah Islam Hira' (SRIH) ditubuhkan pada tahun 1985 bertempat di Lot 236-S, Kg. Batu Belah, Klang, Selangor. Pada tahun 1993 SRIH telah berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1999 dengan No. pendaftaran (No.Sel/1694/99-BIC0039). Pada tahun 2003, SRIH sekali lagi telah didaftarkan semula dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan pendaftaran sementara di bawah Enakmen No. 2/1 dibawah Enakmen No.2 1988. (Dengan Pindaan). Sekolah Rendah Islam Hira' (SRIH) menjalankan sistem pendidikan bersepadu dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) KPM, Kurikulum Diniyyah Majlis Guru Besar Sekolah-Sekolah Islam Malaysia (MGBSIM/MUSLEH) dan Kurikulum Bersepadu Hira'. 

 


 

Sekolah Menengah Islam Hira' (SMIH)

Sekolah Menengah Islam Hira’ (SMIH) ditubuhkan pada penghujung bulan Disember 1991,bertempat di Lot 236-S, Kg. Batu Belah, Klang, Selangor.  SMIH adalah sebuah sekolah berasrama penuh dan telah berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor dengan pendaftaran No.12S(5) Kod Sekolah : BYA 3065. Dan berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 2003 dengan menjalankan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) KPM dan Kurikulum Diniyyah Majlis Guru Besar Sekolah-Sekolah Islam Malaysia (MUSLEH). SMIH telah berpindah ke tempat baru di Lot 1331/1332, Kg. Sg. Sembilang, Jeram, Kuala Selangor, Selangor pada penghujung tahun 1998 di atas tapak seluar 10 ekar sehingga sekarang bagi menampung kemasukan pelajar yang sangat ramai. Pengambilan pelajar adalah untuk Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima setiap tahun.

 


 

Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ (MTQH)

Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ (MTQH) ditubuhkan pada tahun 1994, dengan pelajar seramai 5 orang. MTQH bertempat di Lot 236-S, Kg. Batu Belah, Klang, Selangor. Oleh permintaan yang ramai MTQH telah berpindah ke Kg. Kubu Gajah, Paya Jaras, Sg. Buloh, Selangor pada tahun 1997. Dan seterusnya MTQH telah berpindah ke lokasi baru kerana permintaan yang semakin tinggi daripada masyarakat iaitu di Lot 1331/1332, Kg. Sg. Sembilang, Jeram, Kuala Selangor pada tahun 1999 sehingga sekarang. Maahad Tahfiz Al Quran Hira’ sejak ditubuhkan telah didaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) : No. SPS/PRP/08/2(SEM)-113 dan bergabung sebagai ahli Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS) : 2004-006-008 pada tahun 2004. Matlamat utama penubuhan MTQH adalah untuk melahirkan para huffaz professional untuk diri, keluarga, masyarakat, negara dan dunia. Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ melaksanakan Kurikulum Tahfiz Sepenuh Masa (TSM) selama 2 tahun dan seterusnya melanjutkan ke pendidikan arus perdana di Sekolah Menengah Islam Hira’.

 

 

 

 

Disediakan oleh: Jabatan Sumber Manusia