Utama > TAHFIZ SEPENUH MASA - 2 TAHUN

08-Feb-2019

Tahfiz Sepenuh Masa (TSM)

Program Tahfiz Sepenuh Masa ditawarkan kepada pelajar lepasan tingkatan 3 (PT3) untuk mengikuti kelas hafazan Al-Quran 30 juzu' selama 2 tahun di Maahad Tahfiz Al Quran. 

Setelah tamat pengajian Al Quran, pelajar akan meneruskan pengajian di SMI Hira' di tingkatan 4 dan 5 untuk menduduki SPM. 

Semasa mengikuti program TSM ini, pelajar juga akan diberi pendedahan beberapa matapelajaran akademik seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Bahasa Arab, Tajwid & Fiqh. 

Syarat Kemasukan Program TSM 

  • Mengisi permohonan atas talian ke Maahad Tahfiz Al Quran (Tahap 4)
  • Lulus ujian kemasukan dan temuduga
  • Menguasai mata pelajaran Bahasa Arab dengan baik
  • Lulus semua mata pelajaran PT3

Sebarang maklumat lanjut sila hubungi pejabat SMIH/MTQH : 03-32646712 

Kurikulum Program Tahfiz Sepenuh Masa (TSM)

  • Hafalan 30 Juzu'
  • Tajwid
  • Bahasa Arab
  • Diniyyah
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik

*Tempoh pengajian selama 2  tahun, elepas 2 tahun akan diserap ke tingkatan 4 SMI Hira', seterusnya ke tingkatan 5 untuk menduduki SPM

Sebarang maklumat lanjut sila hubungi pejabat sekolah SMIH/MTQH : 03-32646712