Makluman
  1. UCAPAN SELAMAT HARI PEKERJA 2025
  2. TAHNIAH RASHAD MURID DARJAH 4 SRIH
  3. SELAMAT TAHUN BAHARU 2025
  4. MAJLIS KHATAM ALQURAN 2024
  5. LAWATAN UNIVERSITI ISLAM NEGERI UIN SUNAN KALIJAGA, JOGJAKARTA INDONESIA KE SMITQ HIRA
  6. UCAPAN PERASMIAN MAJLIS MAKAN MALAM AMBANG 40 TAHUN HIRA
  7. ANUGERAH KECEMERLANGAN SPM
  8. SMITQH MENERIMA LAWATAN DARIPADA YAYASAN DINAMIKA UMAT BOGOR INDONESIA
  9. KURSUS PEMANTAPAN PERKHIDMATAN BAGI BARISAN HADAPAN
  10. SEKOLAH ISLAM HIRA BERTARAF 5 BINTANG
  11. TAHNIAH MURABBI SMITQH DI ATAS PENCAPAIAN
  12. PENERIMA ANUGERAH KECEMERLANGAN SPAIM23
  13. TAHNIAH PARA GRADUAN SPAIM
  14. LAWATAN MUHIBBAH PENGERUSI MAIS
  15. ANUGERAH INSPIRASI IBU SEMPENA SAMBUTAN HARI IBU PERINGKAT KEBANGSAAN 2024
  16. TAHNIAH BUAT SMITQH DI ATAS PRESTASI CEMERLANG
  17. SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
  18. MUKHAYAM GURU DAN STAF SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIRA & MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN HIRA
  19. JAWATAN KOSONG
  20. KUNJUNGAN WAKIL IPHB KE UPSI
  21. PERTANDINGAN TILAWAH AL QURAN 2023
  22. KEM PEWARIS LEGASI HIRA
  23. KEJOHANAN BADMINTON PIBG IPH 2023
  24. KUNJUNGAN ZIARAH DARIPADA SMA AL FALAH INDONESIA
  25. SEKALUNG TAHNIAH
  26. SEKALUNG TAHNIAH
  27. PERTAH 6 SRIH
  28. HARI SOLIDARITI SRIH
  29. TAHNIAH BUAT PASUKAN ROBOTIK SMITQH
  30. SESI AUDIT STANDARD KUALITI IKRAM MUSLEH
  31. KURSUS KEPIMPINAN ANSAR KALI KEDUA 2023
  32. APADILANGIT CANSAT WORKSHOP
  33. FASA PERTAMA PROJEK PERAKUAN SIAP DAN PEMATUHAN
  34. LAWATAN SRI AL AZHAR KE SRI HIRA
  35. UJIAN TRENDS IN INTERNATIONAL MATHEMATICS AND SCIENCE STUDY
  36. AKTIVITI BERMANFAAT CUTI SEKOLAH
  37. KORBAN PERDANA HIRA 2023 1444H
  38. KUNJUNGAN ZIARAH DUA DELEGASI DARIPADA INDONESIA
  39. LAWATAN MAHABBAH DELEGASI JAKIM KE SMI HIRA
  40. PERTANDINGAN KAMIL PERINGKAT NEGERI
  41. KUNJUNGAN ZIARAH DARIPADA TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH (TPPD)
  42. LAWATAN PPD KE SMITQH
  43. IHYA RAMADHAN COUNTDOWN
  44. LAWATAN MUHIBBAH KE SJKC PUI YING RANTAU PANJANG
  45. MAKLUMAN KENAIKAN KADAR YURAN 15% – BERMULA SESI 2023 / 2024
  46. TAHNIAH BUAT ALUMNI HIRA
  47. LAWATAN SILANG BUDAYA PENGANTARABANGSAAN DARI SMP SMR AR ROHMAH PUTERI KAMPUS 1 KE SMITQ HIRA JERAM
  48. SENAMROBIK HARI SUKAN NEGARA (HSN) SMITQH
  49. PROGRAM PROMOSI JUALAN PROTUNE NEGERI SELANGOR
  50. GOTONG - ROYONG SEKOLAH RENDAH ISLAM HIRA BERSAMA PIBG IPH
  51. PROGRAM JALINAN MESRA BERSAMA PIBG DAN IPH
  52. PROGRAM LAWATAN PENANDA ARAS IPH 2022
  53. MUDAH TINGKATAN 5
  54. PROJEK KOMUNITI HIDROPONIK SOLAR
  55. SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 65
  56. AUNGERAH SEKOLAH MENENGAH SWASTA CEMERLANG
  57. MAJLIS IFTAR PERDANA HIRA 1443H
  58. MAKLUMAN PENTING UNTUK SEMUA IBUBAPA / PENJAGA MURID DI SRIH DAN SMITQH
Image Banner

UCAPAN SELAMAT HARI PEKERJA 2025

Ucapan Selamat Hari Pekerja 2025

Kepada semua kakitangan Institusi Pendidikan Hira,

Selamat Hari Pekerja 2025!

Dengan tema "PEKERJA KESUMA BANGSA," kita merayakan peranan penting para pekerja sebagai tunjang pembangunan negara. Tanpa sumbangan dan usaha setiap individu di institusi ini, kejayaan yang kita nikmati hari ini tidak akan mungkin tercapai. Anda semua adalah pahlawan tanpa tanda jasa, yang berusaha siang dan malam untuk memastikan segala agenda pendidikan dapat dilaksanakan dengan cemerlang.

Di kesempatan ini, marilah kita merenung pencapaian gemilang yang telah dijulang oleh Sekolah Rendah Islam Hira, Maahad Tahfiz Al-Quran Hira, dan Sekolah Menengah Islam Hira sepanjang 40 tahun bertapak di bumi ini. Dalam tempoh yang penuh warna-warni ini, kita telah melahirkan generasi yang cemerlang, ilmuan yang berakhlak penuh adab, yang menjadi kebanggaan kita semua. Tidak ada kejayaan yang datang dengan mudah, ia adalah hasil kerjasama dan dedikasi setiap seorang daripada anda.

Pekerjaan bukan sekadar mencari rezeki, tetapi ia juga merupakan satu amanah. Sama-sama kita renungi maksud dari surah Al-Anfal, ayat 27:

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang diamanahkan kepada kamu.”

Amanah yang kita galas sebagai pekerja adalah tanggungjawab yang perlu dipegang dengan penuh keikhlasan dan dedikasi. Setiap tugas yang kita lakukan, sama ada besar atau kecil, adalah sebahagian daripada usaha kita untuk memajukan agama dan negara.

Marilah kita semua menjadikan kerja kita sebagai satu bentuk pengabdian kepada ummah dan negara. Ibarat kata pepatah, "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan." Kita perlu ingat bahawa hanya dengan semangat kerja keras dan kerjasama yang erat, kita dapat mencapai tahap kejayaan yang lebih tinggi.

Sekali lagi, Selamat Hari Pekerja! Terima kasih atas semua usaha dan dedikasi anda. Semoga kita terus diberi kekuatan untuk melaksanakan amanah ini dengan sebaik-baiknya dan terus melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

Dengan penghargaan dan rasa bangga,
(Pengurus Sumber Manusia & Pentadbiran)
SRIHIRA Development Sdn.Bhd.

LAGI

TAHNIAH RASHAD MURID DARJAH 4 SRIH

Kejayaan Rashad dari 4 KH yang dinobatkan sebagai Juara Bawah 10 dan Naib Juara Bawah 12 dalam Kejohanan Ping Pong Open Hatyai di Thailand merupakan bukti nyata usaha gigih, disiplin tinggi, serta semangat juang yang luar biasa.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa Rashad atas sokongan padu yang tidak berbelah bahagi – daripada komitmen terhadap latihan, pengorbanan masa, hinggalah dorongan tanpa henti. Sesungguhnya, tanpa sokongan keluarga, kejayaan ini tidak akan menjadi kenyataan.

Terus melangkah lebih jauh, Rashad! Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk mengukir lebih banyak kejayaan di masa hadapan.

LAGI

SELAMAT TAHUN BAHARU 2025

Selamat Tahun Baharu 2025!

 

Kami di Institusi Pendidikan Hira' mengucapkan selamat menyambut tahun baharu kepada seluruh warga Hira' dan masyarakat.

 

Bersama kita melangkah ke tahun yang lebih gemilang, penuh dengan azam untuk mencipta generasi berilmu, berakhlak, dan bertaqwa.

 

🌟 "Memacu Aspirasi, Mencipta Legasi" 🌟

 

#TahunBaharu2025 #Hira40Tahun #GenerasiRabbani

LAGI

MAJLIS KHATAM ALQURAN 2024

13 Disember 2024 | Pada Jumaat lepas, Sekolah Rendah Islam Hira' telah menganjurkan Program Majlis Khatam Al-Quran dengan penuh keberkatan dan kesyukuran. Program ini melibatkan penyertaan aktif guru-guru serta pelajar-pelajar yang telah berjaya menamatkan pembacaan Al-Quran.

Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran wakil dari SDSB serta barisan ahli PIBG IPH, yang sama-sama memberikan sokongan padu kepada usaha memperkukuh pendidikan berteraskan Al-Quran. Sepanjang program, pelbagai aktiviti telah diadakan, termasuk sesi tazkirah, bacaan doa, dan penyampaian sijil penghargaan kepada pelajar yang cemerlang dalam pengajian Al-Quran.

Acara ini tidak hanya menjadi simbolik kepada pencapaian akademik pelajar tetapi juga sebagai usaha untuk membentuk generasi yang seimbang dalam aspek duniawi dan ukhrawi. Program ini diakhiri dengan jamuan makan tengah hari yang mempereratkan ukhuwah antara semua pihak yang hadir. Semoga program ini menjadi inspirasi untuk melahirkan lebih ramai generasi al-Quran pada masa akan datang.

LAGI

LAWATAN UNIVERSITI ISLAM NEGERI UIN SUNAN KALIJAGA, JOGJAKARTA INDONESIA KE SMITQ HIRA

LAWATAN UNIVERSITI ISLAM NEGERI (UIN) SUNAN KALIJAGA, JOGJAKARTA INDONESIA ke SMITQ HIRA’

Alhamdulillah syukur ke atas Ilahi kerana pada hari ini, 19 November 2024, Selasa, SMITQH telah dilawati oleh UIN Sunan Kalijaga, Indonesia. Membincangkan tentang keperluan, kebajikan, kesinambungan dan kemungkinan kerjasama dalam aspek pendidikan di antara dua institusi.

 

Delegasi yang diketuai Buk Iva Nandya, Ketua Program Studi dan bersamanya barisan dosen (pensyarah) Fakultas Fisika dari UIN Sunan Kalijaga disambut dengan tangan terbuka.

 

Tetamu diraikan dan meraikan dengan aktiviti tidak dirancang dalam kelas Sains T2 yang sedang belajar tentang sistem solar. Muallimah Zaifah dan muridnya didatangi dan diraikan dengan hadiah-hadiah bagi menjawab soalan yang disediakan tetamu.

Semoga perbincangan yang berjalan dapat memberikan manfaat buat kedua-dua pihak ke arah matlamat utama institusi pendidikan.

 

LAGI

DAPATKAN EBOOK PERCUMA SMITQH

Sempena kempen Pengambilan Sesi 2025/2026 ke SMITQH!

Institusi Pendidikan Hira' melancarkan eBook mengenai SMITQH.

 

Klik pautan di bawah :

https://drive.google.com/file/d/1NZ2R0OcuXITV1Ec68kD0BV0IBol-c--9/view?usp=sharing

LAGI

UCAPAN PERASMIAN MAJLIS MAKAN MALAM AMBANG 40 TAHUN HIRA

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi menjemput saya untuk memberikan sepatah dua kata di dalam buku cenderamata ini.

Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Institusi Pendidikan Hira (IPH) yang hampir memasuki empat (4) dekat dalam bidang pendidikan dan menjadi pelopor kepada pendidikan bersepadu bermula pada era 1980an sehingga sekarang. Hira telah menjadi antara Institusi pilihan ramai untuk melahirkan generasi harapan negara, soleh wa musleh. Syabas dan tahniah kepada pihak pengurusan Institusi Pendidikan Hira, semua pengurusan sekolah, guru-guru, staf dan ibu bapa yang terlibat dalam menjayakannya.

Institusi Pendidikan Hira merupakan pusat pendidikan yang terdiri daripada Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan Maahad Tahfiz termasuk dalam 60 rangkaian sekolah-sekolah menengah dan rendah di seluruh Malaysia di bawah naungan Musleh Integrated Education Berhad (MIEB).

Pihak MIEB sentiasa bekerjasama rapat dengan IPH dalam usaha menjayakan dan membawa pendidikan terbaik buat semua. Pihak MIEB juga komited untuk menjayakan misi membangunkan generasi yang berkemampuan membangunkan kehidupan diri, keluarga, masyarakat dan negara ke arah satu peradaban yang sejahtera demi kebahagiaan di dunia dan akhirat.

MIEB percaya IPH akan terus berkembang dan sentiasa berusaha melaksanakan proses pendidikan terbaik dengan aspek pembelajaran yang terkini.

Bagi pihak MIEB, saya mendoakan IPH terus maju dan cemerlang demi melahirkan generasi uswah hasanah.


Jazakumullah khairan kathiran.


Prof Dr. Omar Yaakob
Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah
Musleh Integrated Education Berhad (MIEB)

LAGI

ANUGERAH KECEMERLANGAN SPM

Ketika ini pengetua SMI HIRA' sedang menghadiri Persidangan Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) Negeri Selangor yang berlangsung di Hotel Mudzaffar, Melaka, mulai 5-7 Ogos 2024.
 
SMI HIRA' merupakan satu-satu nya wakil tunggal sekolah swasta dan sekolah rangkaian Musleh yang diterima menganggotai MPSM di peringkat negeri dan kebangsaan.
 
Majoriti pengetua Selangor dari keseluruhan 285 buah sekolah menengah (SM) KPM berkampung di Melaka yang terdiri daripada SBP, KTE, SMKA, SAM (Sabk) dan SM/SMK (sekolah harian).
 
Dengan tema persidangan, "Kepimpinan Holistik Pemangkin Pembudayaan Pendidikan Manusiawi", dapat memberi inisiatif dan membantu mempertingkat usaha transformasi sekolah-sekolah di Selangor khusus nya agar lebih serius dan cakna memimpin sekolah membudayakan penekanan karamah insaniah dalam bidang pendidikan.
 
Alhamdulillah dan Tahniah didedikasikan kepada semua warga HIRA' atas kejayaan sekolah memperolehi dua anugerah kecemerlangan SPM pada malam tadi. Ia adalah manifestasi kepada kesungguhan dan kerja keras semua warga sekolah, khusus nya para guru yang sangat komited dan berdedikasi tinggi merealisasikan motto Hira No1 dan Hira' Memimpin menjadi kenyataan.
 
Lebih terharu dan sedikit sebak apabila tepukan gemuruh daripada para pengetua negeri Selangor bila nama SMI HIRA' disebut dua kali ke pentas bagi menerima sijil pencapaian. Alhamdulillah dan syabas kepada semua warga Hira' Memimpin.
 
LAGI

SMITQH MENERIMA LAWATAN DARIPADA YAYASAN DINAMIKA UMAT BOGOR INDONESIA

06 Ogos 2024 | Selasa semalam, SMITQH telah dihadiri oleh tetamu dari Yayasan Dinamika Umat, Bogor, Indonesia yang diwakilkan oleh wakil Sekolah Islam Dinamika Umat dan Sekolah Islam Fajar diketuai oleh Dr K.H Hasan Basri Tanjung.

Tujuan bertamu adalah untuk melihat fasiliti dan infrastruktur sekolah dan juga mempelajari sedikit sebanyak tentang Kurikulum dan Ekstra Kurikulum dari SMITQH.

Semoga tujuan dicapai dan juga memberi berkat tetamu kepada SMITQH atas kehadiran mereka kali ini. Semoga ada kerjasama selanjutnya pada masa hadapan antara SMITQH dan Yayasan Dinamika Umat in syaa allah.

LAGI

KURSUS PEMANTAPAN PERKHIDMATAN BAGI BARISAN HADAPAN

25 Julai 2024 | Selesai sesi Kursus Pemantapan Perkhidmatan Bagi Barisan Hadapan yang melibatkan semua jabatan Hira' (HN, SDSB, IPHB, PHSB, STC SRIH & SMITQH) yang berlangsung selama 2 hari sejak semalam.

LAGI

Image News
Image News
Image Banner