16 MEI 2024 | BERSEMPENA SAMBUTAN HARI GURU, TELAH TERCIPTA SEJARAH BUAT SEMUA WARGA SMITQ HIRA' , KHUSUSNYA MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN HIRA' APABILA PIHAK SEKOLAH MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT OLEH YAD TAN SRI DATO' SERI ABDUL AZIZ MOHD YUSOF, PENGERUSI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR. TURUT BERSAMA DALAM DELEGASI INI ADALAH SERAMAI 25 ORANG PEGAWAI TERTINGGI DARI MAIS, JAKIM DAN JAIS. BEBERAPA ORANG AHLI LEMBAGA IPHB TURUT BERSAMA HADIR, SELAIN WAKIL PIBG IPH, IKRAM NEGERI DAN DIF-DIF JEMPUTAN LAIN.
KUNJUNGAN MUHIBBAH INI MERUPAKAN SATU PENGHORMATAN DAN PENGIKTIRAFAN KEPADA WARGA HIRA' KERANA YAD TAN SRI ADALAH JUGA MEWAKILI JAWATANKUASA PENYELARASAN PENDIDIKAN ISLAM KEBANGSAAN ATAU JPPIK (NAMA LAMA NYA, LEMBAGA PENASIHAT PENYELARASAN KEBANGSAAN DAN PENDIDIKAN AGAMA ISLAM ATAU LEPAI) YANG DILANTIK OLEH SULTAN DI MANA HASIL LAPORAN SESI LAWATAN INI AKAN DIBAWA DAN DIBENTANGKAN KE MESYUARAT JPPIK YANG TERLETAK DI BAWAH KUASA MAJLIS KEBANGSAAN HAL EHWAL ISLAM (MKI) MAJLIS RAJA-RAJA PADA BULAN JUN DEPAN.
PIHAK SEKOLAH TELAH MENYAMBUT KEDATANGAN YAD TAN SRI DENGAN PERBARISAN KAWAD KEHORMAT OLEH PARA PELAJAR, SEBELUM KE SESI FOTOGRAFI DAN TERUS DI BAWA KE BILIK MESYUARAT UTAMA.
UCAPAN ALUAN PENUH SANTUN OLEH PENGERUSI MAJLIS, MLM FAIZ FIKRI, KEMUDIAN MENJEMPUT DR ABDUL RAHMAN MOHAMED, PENGERUSI IPHB MENYAMPAIKAN UCAPAN PENGHARGAAN BAGI PIHAK TUAN RUMAH.
SESI UCAPTAMA OLEH YAD TAN SRI MENYATAKAN RASA SYUKUR DAN KEGEMBIRAAN NYA BERADA DI HIRA' YANG DILIHAT PERKEMBANGAN AWAL NYA HINGGA PEMBANGUNAN KEMODENAN YANG DIKECAPI PADA HARI INI. TAN SRI SEMPAT MENGIMBAU KENANGAN NYA BERSAMA ALFADHIL USTAZ MOHD SHAHAR YANG JUGA PEWAKAF UTAMA TANAH BERKAH HIRA' KINI, SERTA MENGHARAPKAN PARA PELAJAR DAN GURU TERUS MENGHAYATI AL-QURAN, MENGUASAI PELBAGAI BAHASA DAN TEKNOLOGI SEMASA, MEMELIHARA AKIDAH SEJAHTERA SERTA TERUS MEMIMPIN INSTITUSI PENDIDIKAN DENGAN BUDAYA KECEMERLANGAN TANPA MENGABAIKAN ASPEK KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN YANG TIDAK BOLEH DIKOMPROMI SEPERTIMANA TITAH TUANKU SULTAN YANG DISAMPAIKAN NYA.
SESI SETERUS NYA ADALAH PEMBENTANGAN BAHAN SLAID SEKOLAH OLEH TUAN PENGETUA, MUALLIM ISHARUDDIN ISMAIL DAN DIIKUTI OLEH SESI SOALJAWAB YANG DIKENDALIKAN PENGURUS BESAR IPHB, TUAN HJ FARIZ KEMUDIAN NYA.
SEUSAI SESI PENYAMPAIAN HADIAH DAN CENDERAHATI KENANGAN, YAD TAN SRI SERTA DELEGASI DIBAWA KE RUANG PAMERAN BERKHEMAH KHAS DI HADAPAN BILIK MESYUARAT SEBELUM SEMUA NYA KE DEWAN HASAN AL-BANNA BAGI MENIKMATI JAMUAN MAKAN TENGAHARI YANG DISEDIAKAN OLEH HIRANIAGA.
HUJAN RAHMAT KETIKA SESI MENJAMU SELERA MENZAHIRKAN KESYUKURAN SEMUA ATAS ANUGERAH ILAHI TIDAK TERHINGGA MELALUI KUNJUNGAN PENUH MUHIBBAH INI YANG KEMUDIAN BERSURAI PARA TETAMU KEHORMAT DALAM PERASAAN DAN SUASANA CUKUP MESRA, DISULAMI KASIH SAYANG PENUH KEHORMATAN OLEH SEMUA WARGA SEKOLAH.