https://my20.awfatech.com/hira/content/news/newsf1_GSRIH137_1694161347.jpg

LAWATAN SRI AL AZHAR KE SRI HIRA

8 SEPTEMBER 2023 | KUNJUNGAN UKHUWAH DARI SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-AZHAR PERLIS KE SEKOLAH RENDAH ISLAM HIRA' KLANG DISAMBUT DENGAN PENUH MERIAH. TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PIHAK SRI AL-AZHAR KERANA SUDI MELAWAT SRI HIRA'. SEMOGA UKHUWAH DI ANTARA DUA BUAH SEKOLAH GEMILANG INI TERUS ERAT.

LAGI
https://my20.awfatech.com/hira/content/news/newsf1_GSRIH137_1694160805.jpg

UJIAN TRENDS IN INTERNATIONAL MATHEMATICS AND SCIENCE STUDY

5 SEPTEMBER 2023 | SELASA YANG LEPAS, SERAMAI 18 PELAJAR SMITQ HIRA' TELAH MENJALANI UJIAN TRENDS IN INTERNATIONAL MATHEMATICS AND SCIENCE STUDY (TIMSS) PERINGKAT ANTARABANGSA.

LAGI
https://my20.awfatech.com/hira/content/news/newsf1_GSRIH137_1693814969.JPG

AKTIVITI BERMANFAAT CUTI SEKOLAH

30 OGOS 2023 | BERSEMPENA CUTI SEKOLAH, SRIHIRA TRAINING SDN BHD TELAH MENGANJURKAN PROGRAM CUTI SEKOLAH SMART 3A 2.0 PADA 28 HINGAN 30 OGOS 2023 DI SEKOLAH RENDAH ISLAM HIRA' KG BATU BELAH. SERAMAI 47 PENYERTAAN DARI PELBAGAI PERINGKAT UMUR BERMULA UMUR 7 TAHUN HINGGA 12 TAHUN. ANTARA AKTIVITI YANG DISEDIAKAN ADALAH HAFAZAN AL-QURAN, BELAJAR KAEDAH SIFIR, MEMASAK, DAN PELBAGAI LAGI AKTIVITI MENARIK YANG MENDIDIK ANAK-ANAK MENGENAI AKADEMIK, AKHLAK DAN AL-QURAN.

PROGRAM INI DIURUSKAN OLEH FASILITATOR YANG TERDIRI DARIPADA MUALIM MUALIMAH SENDIRI ANTARANYA MUALIM ADAM, MUALIMAH ROGAYAH DAN LAIN-LAIN. ALHAMDULILLAH, PROGRAM INI MENDAPAT SAMBUTAN HEBAT DAN PELBAGAI FEEDBACK YANG BAIK DARIPADA IBU BAPA. SEMOGA LEBIH RAMAI LAGI YANG MENYERTAI DI PROGRAM SEPERTI INI PADA MASA AKAN DATANG.

 

SAKSIKAN VIDEO MONTAJ PROGRAM SMART 3A 2.0 DI HTTPS://YOUTU.BE/OS_HVQQ037A

LAGI
https://my20.awfatech.com/hira/content/news/newsf1_GSRIH137_1688442602.jpg

KORBAN PERDANA HIRA 2023 1444H

01 JULAI 2023 | PROGRAM IBADAH KORBAN WARGA INSTITUSI PENDIDIKAN HIRA' (IPH) DENGAN KERJASAMA PIBG IPH TELAH BERJAYA DISEMPURNAKAN PADA HARI SABTU (1 JULAI) SEMALAM BERTEMPAT DI SMI HIRA'.

SYUKUR KE HADRAT ILAHI KERANA PROGRAM BERJALAN LANCAR DENGAN CUACA YANG BAIK SERTA PENYERTAAN YANG AGAK RAMAI DALAM KALANGAN GURU, KAKITANGAN, IBU BAPA, ALUMNI DAN MASYARAKAT SEKITAR SEKOLAH.

TAHUN INI, JUMLAH KORBAN MELIBATKAN SEJUMLAH 14 EKOR LEMBU DAN 10 EKOR KAMBING, DI MANA 3 EKOR LEMBU DAN 3 EKOR KAMBING DISEMBELIH DI SMI HIRA', SEMENTARA BAKI NYA DISEMBELIH DI PUSAT PENYEMBELIHAN KHAS DI RANTAU PANJANG DAN DI BUKIT HIJAU.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PESERTA DAN YANG TELAH BERSAMA MENJAYAKAN PROGRAM IBADAH KORBAN IPH PADA TAHUN INI. MOGA ALLAH SWT MENERIMA SEGALA AMAL DAN NIAT PENGORBANAN KITA DEMI MENGHARAPKAN MARDHOTILLAH NYA. ALLAHUMMA AAMIIN.

 

SUMBER : HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SMIHJERAM

LAGI
https://my20.awfatech.com/hira/content/news/newsf1_GSRIH137_1688442119.jpg

KUNJUNGAN ZIARAH DUA DELEGASI DARIPADA INDONESIA

03 JULAI 2023 | PIHAK SEKOLAH PADA HARI INI, 3 JULAI TELAH MENERIMA KUNJUNGAN ZIARAH DUA DELEGASI DARIPADA INDONESIA IAITU YANG PERTAMA DARI UNIVERSITAS ISLAM NEGERI (UIN) SUNAN KALIJAGA, YOGYAKARTA, YANG DIKETUAI OLEH WAKIL DEKAN BIDANG KEMAHASISWAAN, FAKULTAS DAKWAH DAN KOMUNIKASI, DR HAJAR HATMA INDRA JAYA.

SESI PERKONGSIAN TURUT DISAMPAIKAN OLEH MAHASISWA UIN SUNAN KALIJAGA BERSAMA PARA PELAJAR TINGKATAN 5 SELAMA TIGA JAM DI BILIK AKTIVITI.

 

DELEGASI KEDUA ADALAH DARI SMPIT AL-KAHFI, BOGOR YANG DIKETUAI OLEH BAPAK HANUGERA, SELAKU PIMPINAN YAYASAN AL-KAHFI YANG MENJADIKAN SMITQ HIRA' SEBAGAI LOKASI TUMPUAN LAWATAN PENANDA ARASAN BAGI SEKOLAH YANG JUGA BERSTATUS ASRAMA PENUH DENGAN KAPASITI 150 ORANG GURU DAN 1800 ORANG PELAJAR.

SESI PERBINCANGAN TURUT BERKISAR AMALAN

TERBAIK

 

DAN PENGHAYATAN KURIKULUM ISLAMI DALAM PELAKSANAAN DAN PENGOPERASIAN DI SEKOLAH MASING-MASING.

LAGI
https://my20.awfatech.com/hira/content/news/newsf1_GSRIH137_1687487222.jpg

LAWATAN MAHABBAH DELEGASI JAKIM KE SMI HIRA

SETINGGI KESYUKURAN DI ATAS SEGALA RAHMAT DAN KEIZINAN DARI NYA DI MANA PADA HARI INI TANGGAL 3 ZULHIJJAH, BERSAMAAN 22 JUN PIHAK SMI HIRA' TELAH DIKUNJUNGI OLEH TETAMU DAN DELEGASI YANG CUKUP ISTIMEWA DARI JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM).

LAWATAN MAHABBAH DELEGASI JAKIM KE SMI HIRA' INI TELAH DIKETUAI OLEH ALFADHIL USTAZ BUKHARI BIN MD AKHIR, TIMBALAN PENGARAH BAHAGIAN DASAR KEMAJUAN ISLAM. TURUT BERSAMA ADALAH USTAZ HANIFUDDIN BIN ROSLAN, SELAKU PENGARAH BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM.

LAWATAN YANG CUKUP BERSEJARAH KE INSTITUSI PENDIDIKAN HIRA' (IPH) INI
DIADAKAN KETIKA MANA WARGA SMI HIRA' TURUT MERAIKAN PERASMIAN HARI SUKAN KOMPENI 2023 (SUKOM'23).

SESI LAWATAN DIMULAI DENGAN UCAPAN ALUAN DARIPADA PIHAK TUAN RUMAH, IAITU DR ABDUL RAHMAN MOHAMED, PENGERUSI LEMBAGA INSTITUSI PENDIDIKAN HIRA', DISUSULI UCAPAN ALUAN OLEH PN HJH DR KAMALIAH BINTI NORDIN, TIMBALAN PENGERUSI IKRAM MUSLEH YANG KEMUDIAN NYA BERSAMA MENDENGAR UCAPAN ALUAN DARIPADA KETUA DELEGASI JAKIM, ALFADHIL USTAZ BUKHARI.

LAWATAN MAHABBAH JAKIM KE SMI HIRA' INI BERTUJUAN UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT LANJUT BERHUBUNG PELAKSANAAN, PENGOPERASIAN DAN TATAKELOLA URUS TADBIR PENGURUSAN SMI HIRA' SEBAGAI SEBUAH SEKOLAH BERASRAMA PENUH BERNUASA ISLAM DENGAN MENAWARKAN PAKEJ ALIRAN TAHFIZ AL-QURAN BERSEPADU SEJAK PENUBUHANNYA HAMPIR 40 TAHUN HINGGA KINI.

SELAIN ITU, SESI PEMBENTANGAN BERKENAAN SEJARAH, PERKEMBANGAN DAN PENCAPAIAN SEKOLAH TELAH DISAMPAIKAN OLEH TUAN PENGETUA SMI HIRA' IAITU USTAZ ISHARUDDIN BIN ISMAIL, DI MANA DILANJUTKAN SETERUS NYA DENGAN SESI PERBINCANGAN DUA HALA PELBAGAI ISU PENDIDIKAN DAN DAKWAH TERKAIT ASPEK PENGURUSAN KURIKULUM, PENDAFTARAN, PENSIJILAN, PERUNTUKAN KEWANGAN, LATIHAN, CABARAN DAN HALATUJU PENDIDIKAN ISLAM DAN TAHFIZ MASA DEPAN DAN SEBAGAI NYA.

ALHAMDULILLAH, SESI LAWATAN YANG CUKUP BERMAKNA INI DIAKHIRI DENGAN RUMUSAN PENUTUP OLEH KETUA DELEGASI SEBELUM DIRAIKAN DALAM MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN CENDERAHATI KENANGAN DARIPADA PIHAK SMI HIRA' KEPADA SEMUA DELEGASI YANG HADIR. MOGA HUBUNGAN ERAT INI TERUS TERJALIN KUKUH DEMI MANFAAT PENDIDIKAN DAN DAKWAH UMAT.

TERIMA KASIH JAKIM ATAS KUNJUNGAN ZIARAH MAHABBAH NYA KE SMI HIRA'. BARAKALLAHU FEEKUM.

 

SUMBER SARANA INFORMASI IBU BAPA GURU SMITQH

LAGI
https://my20.awfatech.com/hira/content/news/newsf1_GSRIH137_1687134915.jpg

PERTANDINGAN KAMIL PERINGKAT NEGERI

ALHAMDULILLAH WA SYUKURU LILLAH, DALAM PERTANDINGAN KAMIL PERINGKAT NEGERI SEMALAM, SEMUA ANAK PESERTA HIRA' YANG MENJADI JOHAN KAMIL PERINGKAT DAERAH KUALA SELANGOR PADA 10 JUN TELAH MENYUMBANG PINGAT SEKURANG2NYA GANGSA.

BERIKUT ADALAH SENARAI ACARA SERTA PINGAT YANG DISERTAI OLEH ANAK-ANAK PESERTA HIRA' :

*KEPUTUSAN KAMIL NEGERI 17 JUN 2023*

1) NASYID LELAKI 🥉
2) DEBAT BM 🥇
3) FORUM LELAKI 🥇
4) SYARAHAN BM LELAKI MENENGAH RENDAH 🥉
5) HAFAZAN PEREMPUAN MENENGAH ATAS 🥇
6) MUSABAQOH PEREMPUAN 1-10 🥈
7) KITABATUL MAQAL PEREMPUAN🥈
8) KHAT PEREMPUAN MENENGAH RENDAH🥉
9) TILAWAH BANIN MENENGAH ATAS 🥉
10) TILAWAH BANIN MENENGAH RENDAH 🥇

ALHAMDULLILLAH THUMMA ALHAMDULLILLAH. TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA BARISAN GURU PEMBIMBING, PARA PELAJAR DAN SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LNGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG DALAM KEBERSAMAAN DAN KEJAYAAN YANG DIRAIH INI.

 

 

LAGI
https://my20.awfatech.com/hira/content/news/newsf1_GSRIH137_1686622186.jpg

KUNJUNGAN ZIARAH DARIPADA TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH (TPPD)

PIHAK SEKOLAH HARI INI SANGAT BERBESAR HATI MENERIMA KUNJUNGAN ZIARAH DARIPADA TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH (TPPD), PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH (PPD) KUALA SELANGOR, TUAN HJ ZAINAL BIN KASIM KE SMI HIRA'.

LEBIH MANIS LAGI, KEHADIRAN BELIAU ADALAH UNTUK MERAKAMKAN UCAPAN TAHNIAH DI ATAS KEJAYAAN DAN PENCAPAIAN SMI HIRA' DALAM SPM 2022 YANG LALU.

TUAN HJ ZAINAL TURUT MENZAHIRKAN HASRAT UNTUK TERUS MELIHAT KECEMERLANGAN SMI HIRA' AGAR MENJADI SEKOLAH 'SHOWCASE' DI DAERAH KUALA SELANGOR DAN NEGERI SELANGOR.

KEGEMBIRAAN BELIAU TURUT SEIRING DENGAN PENCAPAIAN DAERAH KUALA SELANGOR YANG MEMPEROLEHI TANGGA KETIGA PENCAPAIAN TERBAIK SPM 2022 DI NEGERI SELANGOR.

TUAN TPPD TURUT MENZAHIRKAN RASA BANGGA DAN MENGKAGUMI ELEMEN KEBITARAAN DAN PENCAPAIAN TERKINI SMI HIRA' SEBAGAI SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) SWASTA ISLAM.

TERIMA KASIH PPD KUALA SELANGOR.

SUMBER: SARANA INFORMASI IBU BAPA SMITQH

LAGI
https://my20.awfatech.com/hira/content/news/newsf1_GSRIH137_1680740372.jpg

LAWATAN PPD KE SMITQH

HARI INI PIHAK SEKOLAH TELAH DILAWATI OLEH DELEGASI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH (PPD) KUALA SELANGOR YANG DIKETUAI OLEH TN HJ ISMAIL BIN MOKHTAR, MEWAKILI KPM DAN JPN SELANGOR YANG TELAH MENAWARKAN SMI HIRA' TERLIBAT DALAM KAJIAN PENANDAARASAN ANTARABANGSA TIMMS 2023 BAGI PENCAPAIAN SAINS DAN MATEMATIK.

TAWARAN INI MERUPAKAN SATU PENGHORMATAN KEPADA WARGA SEKOLAH KERANA AKAN BERSAMA LEBIH 70 BUAH SEKOLAH SELURUH NEGARA YANG MAJORITI NYA SEKOLAH KPM MEWAKILI MALAYSIA MELALUI PENYERTAAN DALAM KAJIAN TIMMS INI.

TIMMS (TRENDS IN MATHEMATICS AND SCIENCE STUDY) DIADAKAN SETIAP 4 TAHUN SEKALI YANG MELIBATKAN PELAJAR TINGKATAN 2. KALI TERAKHIR MALAYSIA TERLIBAT DALAM TIMMS MELALUI KPM IALAH PADA TAHUN 2019. PELAKSANAAN TIMMS 2023 AKAN DIADAKAN PADA BULAN SEPTEMBER.

TAHNIAH WARGA HIRA' MEMIMPIN. TERIMA KASIH KPM.

" HIRA NO1: KARAMAH INSANIAH DIJULANG ".

LAGI
https://my20.awfatech.com/hira/content/news/newsf1_GSRIH137_1679372678.jpg

PERHIMPUNAN PERTAMA SESI 2023

GELAGAT ANAK-ANAK SRI HIRA KLANG SEMASA PERHIMPUNAN PERTAMA SESI 2023 MELIBATKAN SEMUA PELAJAR TAHUN 2 HINGGA 6. MOGA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN IBUBAPA YANG MENGHANTAR ANAK-ANAK DAN MUALLIM SERTA MUALLIMAH YANG MENGAJAR. #HIRAMEMIMPIN

KLIK DI SINI UNTUK KE FACEBOOK SRI HIRA KLANG

LAGI

Page 1 of 3