Sempena Hari Murabbi IKRAM-MUSLEH
16hb Mei 2012
Tema: “Murabbi IKRAM-MUSLEH: Pembina Kader-kader Duat”
بسم الله والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن تبع هداه وبعد ،
Kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat ilahi azza wajalla di atas segala inayah wal hidayah wat taufiq-Nya swt ke atas kita sehingga kini. Kita amat bersyukur kepada Allah swt danmendoakan moga-moga perjalanan Majlis ini diberkati-Nya – amiin. Sesungguhnya kita amat bersyukur kerana dengan rahmat dan taufiq Allah swt, kita masih lagi dikurniakan kekuatan ruhiyah, jasadiyah dan aqliyah untuk beribadah dan meneruskan perjuangan memperkasa pendidikan islam ke arah memimpin barisan umat Islam dan masyarakat berasaskan syariat Islamiyah.
HARI MURABBI IKRAM-MUSLEH
SELAMAT HARI MUROBBI
Selamat Hari Murobbi kepada semua Muallim dan Muallimah Sekolah Rendah Islam Hira, Sekolah Menengah Islam Hira dan Mahaad Tahfiz Hira. SRI dan SMIH HIRA akan mengadakan sambutan Hari guru di peringkat Sekolah pada hari Jumaat 18 Mei 2012 di premis masing-masing akan bermula selepas kelas Al Quran dan Majlis ucapan bermula jam 8:30 pagi. Seronoknya jadi " Cikgu dan guru kelas "
Latihan Berenang Kelab Maiswim Hira
Kelab MaiSWIM Hira.
Telah ditubuhkan pada tahun 2009 dan dirasmikan oleh Guru Besar dengan jayanya. Kelab ini dibuka kepada murid tahun 4 hingga ke tahun 6 sahaja kerana penyertaannya adalah terhad. Oleh yang demikian, semua murid yang mendaftar sebagai ahli kelab akan dibawa ke Kolam UITM Shah Alam bagi menjalani latihan renang sebanyak 10 siri seperti yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan Komplek Renang UITM.
Justeru itu, latihan dibuat secara berasingan lelaki dan perempuan. bagi murid lelaki akan menjalani latihan pada hari Selasa dan murid perempuan pada hari Khamis. Jadual latihan bermula pada jam 3:30 petang hingga jam 5:00 petang.Semua murid akan bertolak dari sekolah dan akan balik semula ke sekolah selepas latihan renang kecuali bagi murid yang tinggal di Shah Alam dan ibubapa datang mengambil terus di Komplek Renang.
Ada banyak hal yang perlu kita ketahui dan fahami sebelum kita melakukan sukan renang. Dalam bab ini akan dibincangkan tentang segala sesuatu yang berkaitan dengan renang.LATIHAN KEBAKARAN BERSAMA BOMBA
Fire Drill atau Latihan Kebakaran adalah antara langkah persediaan yang penting untuk mempersiapkan pelajar, guru dan kakitangan sekolah apabila menghadapi keadaan sebenar semasa kebakaran.
Jawatankuasa Keselamatan, Kecerian, Kebersihan dan Kesihatan (JK4K) Sekolah Rendah Islam Hira Klang yang mendapat kerjasama penuh Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Cawangan Klang Utara telah berjaya mengadakan satu latihan kebakaran pada 20 April 2012 yang lalu.
JK4K SRIH dibawah penyelarasnya, MUALLIMAH TIMAHNOR YUSOFF telah menggariskan beberapa objektif untuk latihan seumpama ini seperti:
KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU 2013
MAKLUMAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU SMI HIRA
DAN TAHUN SATU MAHAAD TAHFIZ 2013
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu dan Tahun Satu Tahfiz 2013 telah pun dibuka.
2. Justeru itu, tuan/puan yang berminat bolehlah mengambil borang permohonan bermula dari sekarang di pejabat SRIH / pejabat kewangan, Bangunan Maru Kampong Batu Belah / pejabat SMIH Jeram. Permohonan tuan/puan juga boleh dibuat melalui pendaftaran pelajar secara online di laman kami www.hira.edu.my .Tarikh tutup permohonan adalah 31 Julai 2012.
























