PEMAKLUMAN PENDAFTARAN KEMASUKAN TAHUN SATU 2018.

SDSB SRIH’ F08/001

16 Jamadilawal 1438 / 13hb Februari 2017

Ibu bapa/Penjaga,

Murid SRI Hira’

Tuan/Puan,

PEMAKLUMAN PENDAFTARAN KEMASUKAN TAHUN SATU 2018.

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa pendaftaran Kemasukan Tahun Satu untuk tahun 2018 bagi anak-anak yang berwarganegara Malaysia telah dibuka sekarang.Tarikh tutup permohonan pada 31 hb. Julai 2017.

 

3. Sehubungan dengan itu diingatkan kepada semua ibu bapa/penjaga yang mempunyai anak yang lahir pada 02hb. Januari 2011 hingga 01hb. Januari 2012 layak untuk mendaftar masuk ke Tahun Satu 2018. Tuan/Puan boleh  mendaftar secara online di laman web www.hira.edu.my.

 

4.  Setiap permohonan perlu disertakan dokumen- dokumen seperti di bawah ini

            1. Satu salinan Surat Beranak

            2. Satu salinan Kad Pengenalan ibu bapa

            3. Wang proses tunai RM 5.00

            4. Salinan slip gaji ibu bapa (Bagi pendapatan seisi keluarga bawah rm3000.00)     

5. Pihak sekolah juga berharap tuan/puan dapat mengambil berat tentang pendaftaran anak-anak supaya tidak timbul masalah kerana tempat adalah terhad.Sebarang permasalahan boleh menghubungi Puan Afizah/Puan Harmilah di talian 0333424880.

Segala kerjasama dan keperihatinan ibu bapa diucapkan Jazakallahu khairan kathiira.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

Yang menjalankan amanah,

PUAN HJH WAN NORZILA BINTI WAN JAAFAR

GURU BESAR

s.k        PK HEM

            Fail SRIH

TOP