Makluman
  1. TAHNIAH BUAT SMITQH DI ATAS PRESTASI CEMERLANG
  2. SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
  3. MUKHAYAM GURU DAN STAF SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIRA & MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN HIRA
  4. JAWATAN KOSONG
  5. KUNJUNGAN WAKIL IPHB KE UPSI
  6. PERTANDINGAN TILAWAH AL QURAN 2023
  7. KEM PEWARIS LEGASI HIRA
  8. KEJOHANAN BADMINTON PIBG IPH 2023
  9. KUNJUNGAN ZIARAH DARIPADA SMA AL FALAH INDONESIA
  10. SEKALUNG TAHNIAH
  11. SEKALUNG TAHNIAH
  12. PERTAH 6 SRIH
  13. HARI SOLIDARITI SRIH
  14. TAHNIAH BUAT PASUKAN ROBOTIK SMITQH
  15. SESI AUDIT STANDARD KUALITI IKRAM MUSLEH
  16. KURSUS KEPIMPINAN ANSAR KALI KEDUA 2023
  17. APADILANGIT CANSAT WORKSHOP
  18. FASA PERTAMA PROJEK PERAKUAN SIAP DAN PEMATUHAN
  19. LAWATAN SRI AL AZHAR KE SRI HIRA
  20. UJIAN TRENDS IN INTERNATIONAL MATHEMATICS AND SCIENCE STUDY
  21. AKTIVITI BERMANFAAT CUTI SEKOLAH
  22. KORBAN PERDANA HIRA 2023 1444H
  23. KUNJUNGAN ZIARAH DUA DELEGASI DARIPADA INDONESIA
  24. LAWATAN MAHABBAH DELEGASI JAKIM KE SMI HIRA
  25. PERTANDINGAN KAMIL PERINGKAT NEGERI
  26. KUNJUNGAN ZIARAH DARIPADA TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH (TPPD)
  27. LAWATAN PPD KE SMITQH
  28. IHYA RAMADHAN COUNTDOWN
  29. LAWATAN MUHIBBAH KE SJKC PUI YING RANTAU PANJANG
  30. MAKLUMAN KENAIKAN KADAR YURAN 15% – BERMULA SESI 2023 / 2024
  31. TAHNIAH BUAT ALUMNI HIRA
  32. LAWATAN SILANG BUDAYA PENGANTARABANGSAAN DARI SMP SMR AR ROHMAH PUTERI KAMPUS 1 KE SMITQ HIRA JERAM
  33. SENAMROBIK HARI SUKAN NEGARA (HSN) SMITQH
  34. PROGRAM PROMOSI JUALAN PROTUNE NEGERI SELANGOR
  35. GOTONG - ROYONG SEKOLAH RENDAH ISLAM HIRA BERSAMA PIBG IPH
  36. PROGRAM JALINAN MESRA BERSAMA PIBG DAN IPH
  37. PROGRAM LAWATAN PENANDA ARAS IPH 2022
  38. MUDAH TINGKATAN 5
  39. PROJEK KOMUNITI HIDROPONIK SOLAR
  40. SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 65
  41. AUNGERAH SEKOLAH MENENGAH SWASTA CEMERLANG
  42. MAJLIS IFTAR PERDANA HIRA 1443H
  43. MAKLUMAN PENTING UNTUK SEMUA IBUBAPA / PENJAGA MURID DI SRIH DAN SMITQH
Image Banner

TAHNIAH BUAT SMITQH DI ATAS PRESTASI CEMERLANG

3 Mei 2024 | Bertempat di Dewan Serbaguna, Aras 9, Blok E12, Kompleks E, KPM Putrajaya telah berlangsung Taklimat Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Agama Swasta dan majlis penyampaian Sijil Standard Kualiti Institusi Pendidikan Swasta (SKIPS) tahun 2023.

 

Majlis ini telah dihadiri oleh tuan pengetua dan Dr Abdul Rahman Mohamed, Pengerusi Lembaga IPH.

Lebih manis dan bermakna bila Sekolah Menengah Islam Hira' telah turut berjaya dianugerahkan penarafan kualiti 4 Bintang di atas pencapaian dan prestasi keseluruhan pengoperasian sekolah dalam kalangan 37 sekolah agama swasta seluruh negara yang turut dinilai pentaksiran peringkat sekolah.

Tahniah kepada semua warga Hira'.

 

 Moga terus cemerlang, kompeten dan kekalkan prestasi tinggi meneraju kualiti perkhidmatan terbaik.

 

Sumber : FB Official SMITQH

LAGI

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

13 Mac 2024 | Institusi Pendidikan Hira' mengucapkan selamat kembali ke sekolah buat seluruh murid-murid Sekolah Rendah Islam Hira' Klang. Semoga hadir membawa harapan ibu bapa dan pulang dengan kejayaan. Aamiin..

LAGI

JAWATAN KOSONG

JAWATAN KOSONG ; EKSEKUTIF PENTADBIRAN SUMBER MANUSIA & LATIHAN 

berminat boleh hantarkan resume ke hr.kssb@hira.edu.my

LAGI

KUNJUNGAN WAKIL IPHB KE UPSI

23 Januari 2024 | Seramai 8 orang wakil IPH telah berkunjung ke UPSI pada 23 Januari 2024. Mereka terdiri daripada Dr Abdul Rahman Mohamed - Pengerusi Lembaga Pengelola, Institusi pendidikan Hira, Tn Hj Mohamed Fariz B Mohamed Fadhlullah - Pengurus Besar (merangkap Ketua Rombongan), Pn Wan Suriana Wan Hussain - Pengurus Sumber Manusia, Tn Isharuddin Ismail - Pengetua Sekolah Menengah dan Maahad Tahfiz Al Quran Hira, Pn Fauziah Ariffin - Guru Besar Sekolah Rendah Islam Hira, Pn Munira Abdul Majid - Timbalan Pengetua, Sekolah Menengah dan Maahad Tahfiz Al Quran Hira, En Mohd Iswan Mansor - Timbalan Guru Besar, Sekolah Rendah Islam Hira, En Abdul Rahim Bin Mohamad - Penolong Kanan Akademik SMI Hira. Turut menyertai rombongan IPHB ialah Dr Azma Mahmood - JK Latihan, Pendidikan IKRAM MUSLEH, Dr. Jailani bin Salihon - Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah Sri Al-Amin Bangi.

Bagaimanapun atas sebab yang tidak mengizinkan, hanya 8 wakil rombongan sahaja meneruskan perbincangan bersama pihak UPSI. Kunjungan ini bertujuan untuk mendapat input mengenai kepelbagaian pendekatan, kaedah dan teknik mengajar yang disediakan oleh UPSI dan peluang untuk mendapatkan tenaga pengajar daripada UPSI bagi membimbing kemahiran mengajar guru-guru di Institusi Pendidikan Kami. Selain itu, berbincang tentang peluang mengadakan kolaborasi latihan perguruan pihak kami dengan pihak UPSI termasuk mendapatkan penerangan tentang Pusat Ulul Albab UPSI.

Rombongan Hira tiba di dewan Censelori UPSI pada jam 10.00 pagi dan disambut oleh Dr. Noor Anida Zaria BINTI Mohd Noor, Timbalan Pengarah (Unit Teknologi & Inovasi), Dr. Yuhanis dari Pusat Pengembangan Akademik, Dr Samsudin Abd Hamid dan lain-lain. Selepas sesi penerangan dan diskusi wakil IPH bersama pihak UPSI, kami dibawa melawat ke Muzium Pendidikan Nasional, UPSI di Bangunan Suluh Budiman. Bangunan yang mula dibina pada Ogos 1919 dan kini digazetkan di bawah akta Warisan Kebangsaan 2005 sebagai Bangunan Warisan Kebangsaan pada 14 Februari 2009. Kami bertolak balik pada jam 12.30 tengahari. Perbincangan lanjut akan disambung oleh Unit Latihan dan Kualiti, Jabatan Sumber Manusia bersama dengan pihak PPA dan Pusat Ulul Albab bagi mendapatkan peluang kerjasama antara kedua pihak khususnya dalam bidang pembangunan kemahiran guru.

LAGI

KEM PEWARIS LEGASI HIRA

30 Disember 2023 | Tahniah kepada semua peserta Program PEWARIS Hira’ 2.0 yang berlangsung selama 2 hari 1 malam bertempat di Baitun Nur, Banting. Peserta adalah daripada kalangan Muallim Muallimah SRIH dan SMITQH, kakitangan Pejabat SDSB dan IPH serta Ahli Lembaga yang turut serta dalam program PEWARIS kali ini.

Inilah Legasi Hira’ yang bakal menjadi penerus perjuangan dalam membangunkan Institusi Pendidikan Hira’.
LAGI

KEJOHANAN BADMINTON PIBG IPH 2023

17 Disember 2023 | Tahniah di atas kejayaan penganjuran kejohanan badminton anjuran PIBG IPH pada hari ini, 17 Dis 2023, bertempat di JC Badminton Court, di Sementa.
Kejohanan dirasmikan oleh AlFadhil YA Tuan Hj Salehan Bin Yatim, selaku YDP PIBG IPH ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada kalangan ibu bapa, guru, dan alumni Hira' serta mencapai objektif yang dihasratkan.
Tahniah kepada para pemenang dan jawatankuasa penganjur yang telah terlibat menjayakan kejohanan pada tahun ini.
LAGI

KUNJUNGAN ZIARAH DARIPADA SMA AL FALAH INDONESIA

12 Disember 2023 | Meraikan kunjungan ziarah dua hari satu malam seramai 65 orang daripada delegasi SMA Al-Falah, Surabaya, Jawa Timur, Indonesia ke SMI Hira' Kuala Selangor pada 12-13 Dis 2023.
Terima kasih didedikasikan kepada Bapak Ustaz Zulfahmi, Ustaz Agus Riyanto (wakil kepala sekolah) serta Bapak Agung (founder Exzellenz Institut) di atas kebersamaan dan ukhuwwah nya.
Penghargaan terima kasih juga kepada semua guru kepimpinan dan barisan exco kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang telah menyantuni tetamu sekolah dengan sebaiknya. ' Hira' Memimpin'
Syukur berjaya menjalin ikatan silaturrahim akrab bagi merealisasikan agenda dan kepentingan bersama demi memartabatkan pendidikan bernuansa Islami di nusantara dan global.
 
LAGI

SEKALUNG TAHNIAH

Sekalung Tahniah di ucapkan buat Prof Madya Zamri bin Abdul Rahman atas pelantikan sebagai Ahli Lembaga Pengelola Sekolah & Ahli Lembaga Pengarah Syarikat bagi Institusi Pendidikan Hira'.

LAGI

SEKALUNG TAHNIAH

Sekalung Tahniah di ucapkan buat En Mohd Hafiz bin Abdul Hamid atas pelantikan sebagai Ahli Lembaga Pengelola Sekolah & Ahli Lembaga Pengarah Syarikat bagi Institusi Pendidikan Hira'.

LAGI

PERTAH 6 SRIH

27 November 2023 | PERTAH 6 atau lebih dikenali sebagai Perkhemahan Tahun 6 yang beralngsung di Pantai Remis, Jeram pada Isnin lalu. Disertai hampir seluruh murid tahun 6 yang merupakan ahli Tunas Kadet Remaja Sekolah MUSLEH terlibat dalam perkhemahan kali ini dan dipimpin oleh mentor-mentor Muallim Muallimah. Satu pengalaman berharga buat murid-murid kerana berpeluang untuk merasai sendiri perkhemahan di luar sekolah. 

LAGI

Image News
Image News
Image Banner