Makluman
  1. TAHNIAH PARA GRADUAN SPAIM
  2. LAWATAN MUHIBBAH PENGERUSI MAIS
  3. ANUGERAH INSPIRASI IBU SEMPENA SAMBUTAN HARI IBU PERINGKAT KEBANGSAAN 2024
  4. TAHNIAH BUAT SMITQH DI ATAS PRESTASI CEMERLANG
  5. SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
  6. MUKHAYAM GURU DAN STAF SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIRA & MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN HIRA
  7. JAWATAN KOSONG
  8. KUNJUNGAN WAKIL IPHB KE UPSI
  9. PERTANDINGAN TILAWAH AL QURAN 2023
  10. KEM PEWARIS LEGASI HIRA
  11. KEJOHANAN BADMINTON PIBG IPH 2023
  12. KUNJUNGAN ZIARAH DARIPADA SMA AL FALAH INDONESIA
  13. SEKALUNG TAHNIAH
  14. SEKALUNG TAHNIAH
  15. PERTAH 6 SRIH
  16. HARI SOLIDARITI SRIH
  17. TAHNIAH BUAT PASUKAN ROBOTIK SMITQH
  18. SESI AUDIT STANDARD KUALITI IKRAM MUSLEH
  19. KURSUS KEPIMPINAN ANSAR KALI KEDUA 2023
  20. APADILANGIT CANSAT WORKSHOP
  21. FASA PERTAMA PROJEK PERAKUAN SIAP DAN PEMATUHAN
  22. LAWATAN SRI AL AZHAR KE SRI HIRA
  23. UJIAN TRENDS IN INTERNATIONAL MATHEMATICS AND SCIENCE STUDY
  24. AKTIVITI BERMANFAAT CUTI SEKOLAH
  25. KORBAN PERDANA HIRA 2023 1444H
  26. KUNJUNGAN ZIARAH DUA DELEGASI DARIPADA INDONESIA
  27. LAWATAN MAHABBAH DELEGASI JAKIM KE SMI HIRA
  28. PERTANDINGAN KAMIL PERINGKAT NEGERI
  29. KUNJUNGAN ZIARAH DARIPADA TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH (TPPD)
  30. LAWATAN PPD KE SMITQH
  31. IHYA RAMADHAN COUNTDOWN
  32. LAWATAN MUHIBBAH KE SJKC PUI YING RANTAU PANJANG
  33. MAKLUMAN KENAIKAN KADAR YURAN 15% – BERMULA SESI 2023 / 2024
  34. TAHNIAH BUAT ALUMNI HIRA
  35. LAWATAN SILANG BUDAYA PENGANTARABANGSAAN DARI SMP SMR AR ROHMAH PUTERI KAMPUS 1 KE SMITQ HIRA JERAM
  36. SENAMROBIK HARI SUKAN NEGARA (HSN) SMITQH
  37. PROGRAM PROMOSI JUALAN PROTUNE NEGERI SELANGOR
  38. GOTONG - ROYONG SEKOLAH RENDAH ISLAM HIRA BERSAMA PIBG IPH
  39. PROGRAM JALINAN MESRA BERSAMA PIBG DAN IPH
  40. PROGRAM LAWATAN PENANDA ARAS IPH 2022
  41. MUDAH TINGKATAN 5
  42. PROJEK KOMUNITI HIDROPONIK SOLAR
  43. SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 65
  44. AUNGERAH SEKOLAH MENENGAH SWASTA CEMERLANG
  45. MAJLIS IFTAR PERDANA HIRA 1443H
  46. MAKLUMAN PENTING UNTUK SEMUA IBUBAPA / PENJAGA MURID DI SRIH DAN SMITQH
Image Banner

TAHNIAH PARA GRADUAN SPAIM

22 Mei 2024 – Seramai 69 orang graduan dari 3 buah pusat pengajian menerima sijil Syahadah Perguruan Asas IKRAM Musleh (SPAIM) dalam majlis konvokesyen yang berlangsung meriah di Hotel De Palma, di sini pada Rabu lalu.

Daripada jumlah itu, 27 daripadanya ialah graduan dari Institusi Pendidikan Hira’ (IPH) manakala dua buah pusat pengajian lain iaitu Pusat Pendidikan As-Sai’diyyah, Negeri Sembilan dan Pusat Pendidikan Hidayah, Perak, masing-masing melahirkan 21 orang graduan.

Dalam perkembangan berkaitan, pelaksanaan Latihan Ikhtisas SPAIM ini telah berlangsung selama 3 semester.

Turut hadir dalam majlis konvokesyen berkenaan, Pengurus Besar Centre for Learning Excellence (CLE) Musleh Integrated Education Berhad, Dr. Kamaliah Noordin dan Ketua Sektor Latihan Musleh Integrated Education Berhad, Dr. Azma Mahmood.

Pada masa sama, pihak Musleh merakamkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada semua graduan yang berjaya menamatkan pengajian dan jutaan penghargaan kepada pusat pengajian yang terlibat serta para pensyarah.

LAGI

LAWATAN MUHIBBAH PENGERUSI MAIS

16 Mei 2024 | Bersempena sambutan Hari Guru, telah tercipta sejarah buat semua warga SMITQ Hira' , khususnya Maahad Tahfiz Al-Quran Hira' apabila pihak sekolah menerima kunjungan hormat oleh YAD Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor. Turut bersama dalam delegasi ini adalah seramai 25 orang pegawai tertinggi dari MAIS, JAKIM dan JAIS. Beberapa orang ahli lembaga IPHB turut bersama hadir, selain wakil PIBG IPH, IKRAM Negeri dan dif-dif jemputan lain.

Kunjungan muhibbah ini merupakan satu penghormatan dan pengiktirafan kepada warga Hira' kerana YAD Tan Sri adalah juga mewakili Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan atau JPPIK (nama lama nya, Lembaga Penasihat Penyelarasan Kebangsaan dan Pendidikan Agama Islam atau LEPAI) yang dilantik oleh Sultan di mana hasil laporan sesi lawatan ini akan dibawa dan dibentangkan ke mesyuarat JPPIK yang terletak di bawah kuasa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam (MKI) Majlis Raja-Raja pada bulan jun depan.

Pihak sekolah telah menyambut kedatangan YAD Tan Sri dengan perbarisan kawad kehormat oleh para pelajar, sebelum ke sesi fotografi dan terus di bawa ke bilik mesyuarat utama.

Ucapan aluan penuh santun oleh pengerusi majlis, Mlm Faiz Fikri, kemudian menjemput Dr Abdul Rahman Mohamed, Pengerusi IPHB menyampaikan ucapan penghargaan bagi pihak tuan rumah.

Sesi ucaptama oleh YAD Tan Sri menyatakan rasa syukur dan kegembiraan nya berada di Hira' yang dilihat perkembangan awal nya hingga pembangunan kemodenan yang dikecapi pada hari ini. Tan Sri sempat mengimbau kenangan nya bersama alfadhil Ustaz Mohd Shahar yang juga pewakaf utama tanah berkah Hira' kini, serta mengharapkan para pelajar dan guru terus menghayati Al-Quran, menguasai pelbagai bahasa dan teknologi semasa, memelihara akidah sejahtera serta terus memimpin institusi pendidikan dengan budaya kecemerlangan tanpa mengabaikan aspek kebajikan dan keselamatan yang tidak boleh dikompromi sepertimana titah tuanku Sultan yang disampaikan nya.

Sesi seterus nya adalah pembentangan bahan slaid sekolah oleh tuan pengetua, Muallim Isharuddin Ismail dan diikuti oleh sesi soaljawab yang dikendalikan pengurus besar IPHB, Tuan Hj Fariz kemudian nya.

Seusai sesi penyampaian hadiah dan cenderahati kenangan, YAD Tan Sri serta delegasi dibawa ke ruang pameran berkhemah khas di hadapan bilik mesyuarat sebelum semua nya ke dewan Hasan Al-Banna bagi menikmati jamuan makan tengahari yang disediakan oleh HiraNiaga.

Hujan rahmat ketika sesi menjamu selera menzahirkan kesyukuran semua atas anugerah Ilahi tidak terhingga melalui kunjungan penuh muhibbah ini yang kemudian bersurai para tetamu kehormat dalam perasaan dan suasana cukup mesra, disulami kasih sayang penuh kehormatan oleh semua warga sekolah.

LAGI

ANUGERAH INSPIRASI IBU SEMPENA SAMBUTAN HARI IBU PERINGKAT KEBANGSAAN 2024

12 Mei 2024 | Institusi Pendidikan Hira' mengucapkan setinggi tahniah atas pengurniaan Tokoh Ibu Kebangsaan buat Muallimah Rahamah Binti Mohtar. Semoga ianya menjadi inspirasi kepada seluruh ibu ibu lain khususnya di Hira dan amnya di Malaysia.

LAGI

TAHNIAH BUAT PENGETUA SMITQH

2 Mei 2024 | Setinggi penghargaan tahniah kepada ayahanda pengetua SMITQ Hira', Muallim Isharuddin Ismail yang telah dipilih semula sebagai pengerusi dalam Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) kali ke-29 Majlis Pengetua Guru Besar Sekolah-Sekolah Islam Malaysia (MPGBSIM) bagi sesi 2024-2026 yang berlangsung di Ipoh, Perak pada 29-30 April 2024.

 

Sebagai catatan, Muallim Isharuddin Ismail telah diberi amanah dan kepercayaan menerajui tampuk kepimpinan MPGBSIM sebagai pengerusi sejak tahun 2018, di mana MPGBSIM merupakan institusi berdaftar dengan ROS ini mewakili 66 buah sekolah bernuansa Islam dalam kalangan SRI, SMI, MTQ di seluruh negara, di mana majoriti nya adalah sekolah rangkaian IKRAM Musleh yang mempunyai lebih 20,000 orang murid dan lebih 3000 orang guru dan kakitangan.

 

Sumber : FB Official SMITQH

LAGI

TAHNIAH BUAT SMITQH DI ATAS PRESTASI CEMERLANG

3 Mei 2024 | Bertempat di Dewan Serbaguna, Aras 9, Blok E12, Kompleks E, KPM Putrajaya telah berlangsung Taklimat Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Agama Swasta dan majlis penyampaian Sijil Standard Kualiti Institusi Pendidikan Swasta (SKIPS) tahun 2023.

 

Majlis ini telah dihadiri oleh tuan pengetua dan Dr Abdul Rahman Mohamed, Pengerusi Lembaga IPH.

Lebih manis dan bermakna bila Sekolah Menengah Islam Hira' telah turut berjaya dianugerahkan penarafan kualiti 4 Bintang di atas pencapaian dan prestasi keseluruhan pengoperasian sekolah dalam kalangan 37 sekolah agama swasta seluruh negara yang turut dinilai pentaksiran peringkat sekolah.

Tahniah kepada semua warga Hira'.

 

 Moga terus cemerlang, kompeten dan kekalkan prestasi tinggi meneraju kualiti perkhidmatan terbaik.

 

Sumber : FB Official SMITQH

LAGI

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

13 Mac 2024 | Institusi Pendidikan Hira' mengucapkan selamat kembali ke sekolah buat seluruh murid-murid Sekolah Rendah Islam Hira' Klang. Semoga hadir membawa harapan ibu bapa dan pulang dengan kejayaan. Aamiin..

LAGI

JAWATAN KOSONG

JAWATAN KOSONG ; EKSEKUTIF PENTADBIRAN SUMBER MANUSIA & LATIHAN 

berminat boleh hantarkan resume ke hr.kssb@hira.edu.my

LAGI

KUNJUNGAN WAKIL IPHB KE UPSI

23 Januari 2024 | Seramai 8 orang wakil IPH telah berkunjung ke UPSI pada 23 Januari 2024. Mereka terdiri daripada Dr Abdul Rahman Mohamed - Pengerusi Lembaga Pengelola, Institusi pendidikan Hira, Tn Hj Mohamed Fariz B Mohamed Fadhlullah - Pengurus Besar (merangkap Ketua Rombongan), Pn Wan Suriana Wan Hussain - Pengurus Sumber Manusia, Tn Isharuddin Ismail - Pengetua Sekolah Menengah dan Maahad Tahfiz Al Quran Hira, Pn Fauziah Ariffin - Guru Besar Sekolah Rendah Islam Hira, Pn Munira Abdul Majid - Timbalan Pengetua, Sekolah Menengah dan Maahad Tahfiz Al Quran Hira, En Mohd Iswan Mansor - Timbalan Guru Besar, Sekolah Rendah Islam Hira, En Abdul Rahim Bin Mohamad - Penolong Kanan Akademik SMI Hira. Turut menyertai rombongan IPHB ialah Dr Azma Mahmood - JK Latihan, Pendidikan IKRAM MUSLEH, Dr. Jailani bin Salihon - Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah Sri Al-Amin Bangi.

Bagaimanapun atas sebab yang tidak mengizinkan, hanya 8 wakil rombongan sahaja meneruskan perbincangan bersama pihak UPSI. Kunjungan ini bertujuan untuk mendapat input mengenai kepelbagaian pendekatan, kaedah dan teknik mengajar yang disediakan oleh UPSI dan peluang untuk mendapatkan tenaga pengajar daripada UPSI bagi membimbing kemahiran mengajar guru-guru di Institusi Pendidikan Kami. Selain itu, berbincang tentang peluang mengadakan kolaborasi latihan perguruan pihak kami dengan pihak UPSI termasuk mendapatkan penerangan tentang Pusat Ulul Albab UPSI.

Rombongan Hira tiba di dewan Censelori UPSI pada jam 10.00 pagi dan disambut oleh Dr. Noor Anida Zaria BINTI Mohd Noor, Timbalan Pengarah (Unit Teknologi & Inovasi), Dr. Yuhanis dari Pusat Pengembangan Akademik, Dr Samsudin Abd Hamid dan lain-lain. Selepas sesi penerangan dan diskusi wakil IPH bersama pihak UPSI, kami dibawa melawat ke Muzium Pendidikan Nasional, UPSI di Bangunan Suluh Budiman. Bangunan yang mula dibina pada Ogos 1919 dan kini digazetkan di bawah akta Warisan Kebangsaan 2005 sebagai Bangunan Warisan Kebangsaan pada 14 Februari 2009. Kami bertolak balik pada jam 12.30 tengahari. Perbincangan lanjut akan disambung oleh Unit Latihan dan Kualiti, Jabatan Sumber Manusia bersama dengan pihak PPA dan Pusat Ulul Albab bagi mendapatkan peluang kerjasama antara kedua pihak khususnya dalam bidang pembangunan kemahiran guru.

LAGI

KEM PEWARIS LEGASI HIRA

30 Disember 2023 | Tahniah kepada semua peserta Program PEWARIS Hira’ 2.0 yang berlangsung selama 2 hari 1 malam bertempat di Baitun Nur, Banting. Peserta adalah daripada kalangan Muallim Muallimah SRIH dan SMITQH, kakitangan Pejabat SDSB dan IPH serta Ahli Lembaga yang turut serta dalam program PEWARIS kali ini.

Inilah Legasi Hira’ yang bakal menjadi penerus perjuangan dalam membangunkan Institusi Pendidikan Hira’.
LAGI

KEJOHANAN BADMINTON PIBG IPH 2023

17 Disember 2023 | Tahniah di atas kejayaan penganjuran kejohanan badminton anjuran PIBG IPH pada hari ini, 17 Dis 2023, bertempat di JC Badminton Court, di Sementa.
Kejohanan dirasmikan oleh AlFadhil YA Tuan Hj Salehan Bin Yatim, selaku YDP PIBG IPH ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada kalangan ibu bapa, guru, dan alumni Hira' serta mencapai objektif yang dihasratkan.
Tahniah kepada para pemenang dan jawatankuasa penganjur yang telah terlibat menjayakan kejohanan pada tahun ini.
LAGI

Image News
Image News
Image Banner