13 Mac 2024 | Institusi Pendidikan Hira' mengucapkan selamat kembali ke sekolah buat seluruh murid-murid Sekolah Rendah Islam Hira' Klang. Semoga hadir membawa harapan ibu bapa dan pulang dengan kejayaan. Aamiin..
13 Mac 2024 | Institusi Pendidikan Hira' mengucapkan selamat kembali ke sekolah buat seluruh murid-murid Sekolah Rendah Islam Hira' Klang. Semoga hadir membawa harapan ibu bapa dan pulang dengan kejayaan. Aamiin..
JAWATAN KOSONG ; EKSEKUTIF PENTADBIRAN SUMBER MANUSIA & LATIHAN
berminat boleh hantarkan resume ke hr.kssb@hira.edu.my
23 Januari 2024 | Seramai 8 orang wakil IPH telah berkunjung ke UPSI pada 23 Januari 2024. Mereka terdiri daripada Dr Abdul Rahman Mohamed - Pengerusi Lembaga Pengelola, Institusi pendidikan Hira, Tn Hj Mohamed Fariz B Mohamed Fadhlullah - Pengurus Besar (merangkap Ketua Rombongan), Pn Wan Suriana Wan Hussain - Pengurus Sumber Manusia, Tn Isharuddin Ismail - Pengetua Sekolah Menengah dan Maahad Tahfiz Al Quran Hira, Pn Fauziah Ariffin - Guru Besar Sekolah Rendah Islam Hira, Pn Munira Abdul Majid - Timbalan Pengetua, Sekolah Menengah dan Maahad Tahfiz Al Quran Hira, En Mohd Iswan Mansor - Timbalan Guru Besar, Sekolah Rendah Islam Hira, En Abdul Rahim Bin Mohamad - Penolong Kanan Akademik SMI Hira. Turut menyertai rombongan IPHB ialah Dr Azma Mahmood - JK Latihan, Pendidikan IKRAM MUSLEH, Dr. Jailani bin Salihon - Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah Sri Al-Amin Bangi.
Bagaimanapun atas sebab yang tidak mengizinkan, hanya 8 wakil rombongan sahaja meneruskan perbincangan bersama pihak UPSI. Kunjungan ini bertujuan untuk mendapat input mengenai kepelbagaian pendekatan, kaedah dan teknik mengajar yang disediakan oleh UPSI dan peluang untuk mendapatkan tenaga pengajar daripada UPSI bagi membimbing kemahiran mengajar guru-guru di Institusi Pendidikan Kami. Selain itu, berbincang tentang peluang mengadakan kolaborasi latihan perguruan pihak kami dengan pihak UPSI termasuk mendapatkan penerangan tentang Pusat Ulul Albab UPSI.
Rombongan Hira tiba di dewan Censelori UPSI pada jam 10.00 pagi dan disambut oleh Dr. Noor Anida Zaria BINTI Mohd Noor, Timbalan Pengarah (Unit Teknologi & Inovasi), Dr. Yuhanis dari Pusat Pengembangan Akademik, Dr Samsudin Abd Hamid dan lain-lain. Selepas sesi penerangan dan diskusi wakil IPH bersama pihak UPSI, kami dibawa melawat ke Muzium Pendidikan Nasional, UPSI di Bangunan Suluh Budiman. Bangunan yang mula dibina pada Ogos 1919 dan kini digazetkan di bawah akta Warisan Kebangsaan 2005 sebagai Bangunan Warisan Kebangsaan pada 14 Februari 2009. Kami bertolak balik pada jam 12.30 tengahari. Perbincangan lanjut akan disambung oleh Unit Latihan dan Kualiti, Jabatan Sumber Manusia bersama dengan pihak PPA dan Pusat Ulul Albab bagi mendapatkan peluang kerjasama antara kedua pihak khususnya dalam bidang pembangunan kemahiran guru.
30 Disember 2023 | Tahniah kepada semua peserta Program PEWARIS Hira’ 2.0 yang berlangsung selama 2 hari 1 malam bertempat di Baitun Nur, Banting. Peserta adalah daripada kalangan Muallim Muallimah SRIH dan SMITQH, kakitangan Pejabat SDSB dan IPH serta Ahli Lembaga yang turut serta dalam program PEWARIS kali ini.
Sekalung Tahniah di ucapkan buat Prof Madya Zamri bin Abdul Rahman atas pelantikan sebagai Ahli Lembaga Pengelola Sekolah & Ahli Lembaga Pengarah Syarikat bagi Institusi Pendidikan Hira'.
Sekalung Tahniah di ucapkan buat En Mohd Hafiz bin Abdul Hamid atas pelantikan sebagai Ahli Lembaga Pengelola Sekolah & Ahli Lembaga Pengarah Syarikat bagi Institusi Pendidikan Hira'.
27 November 2023 | PERTAH 6 atau lebih dikenali sebagai Perkhemahan Tahun 6 yang beralngsung di Pantai Remis, Jeram pada Isnin lalu. Disertai hampir seluruh murid tahun 6 yang merupakan ahli Tunas Kadet Remaja Sekolah MUSLEH terlibat dalam perkhemahan kali ini dan dipimpin oleh mentor-mentor Muallim Muallimah. Satu pengalaman berharga buat murid-murid kerana berpeluang untuk merasai sendiri perkhemahan di luar sekolah.
24 November 2023 | Hari Solidariti Palestin Peringkat Sekolah Rendah Islam Hira' Batu Belah, Klang.
Para pelajar didedahkan dengan sejarah Palestin serta kepentingan mengetahuinya oleh Pn Fauziah Ashari dari MyCARE Klang.
Para pelajar juga turut memakai Mafla dan aksesori Palestin menunjukkan Solidariti mereka tentang rakan-rakan mereka disana.
Pameran serta jualan diadakan bagi mengumpul derma untuk saudara kita disana.
Palestin satu perkataan yang paling ditakuti oleh Medsos hanya kerana menceritakan kebenaran. Insyallah janji Allah pastinya benar, kemenangan pasti milik kita.
Anjuran : MyCARE bersama SRI HIRA KLANG
#myCareSRIH #GazaBangkit #MyCARE