12 Mei 2024 | Institusi Pendidikan Hira' mengucapkan setinggi tahniah atas pengurniaan Tokoh Ibu Kebangsaan buat Muallimah Rahamah Binti Mohtar. Semoga ianya menjadi inspirasi kepada seluruh ibu ibu lain khususnya di Hira dan amnya di Malaysia.
12 Mei 2024 | Institusi Pendidikan Hira' mengucapkan setinggi tahniah atas pengurniaan Tokoh Ibu Kebangsaan buat Muallimah Rahamah Binti Mohtar. Semoga ianya menjadi inspirasi kepada seluruh ibu ibu lain khususnya di Hira dan amnya di Malaysia.
2 Mei 2024 | Setinggi penghargaan tahniah kepada ayahanda pengetua SMITQ Hira', Muallim Isharuddin Ismail yang telah dipilih semula sebagai pengerusi dalam Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) kali ke-29 Majlis Pengetua Guru Besar Sekolah-Sekolah Islam Malaysia (MPGBSIM) bagi sesi 2024-2026 yang berlangsung di Ipoh, Perak pada 29-30 April 2024.
Sebagai catatan, Muallim Isharuddin Ismail telah diberi amanah dan kepercayaan menerajui tampuk kepimpinan MPGBSIM sebagai pengerusi sejak tahun 2018, di mana MPGBSIM merupakan institusi berdaftar dengan ROS ini mewakili 66 buah sekolah bernuansa Islam dalam kalangan SRI, SMI, MTQ di seluruh negara, di mana majoriti nya adalah sekolah rangkaian IKRAM Musleh yang mempunyai lebih 20,000 orang murid dan lebih 3000 orang guru dan kakitangan.
Sumber : FB Official SMITQH
3 Mei 2024 | Bertempat di Dewan Serbaguna, Aras 9, Blok E12, Kompleks E, KPM Putrajaya telah berlangsung Taklimat Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Agama Swasta dan majlis penyampaian Sijil Standard Kualiti Institusi Pendidikan Swasta (SKIPS) tahun 2023.
Majlis ini telah dihadiri oleh tuan pengetua dan Dr Abdul Rahman Mohamed, Pengerusi Lembaga IPH.
Lebih manis dan bermakna bila Sekolah Menengah Islam Hira' telah turut berjaya dianugerahkan penarafan kualiti 4 Bintang di atas pencapaian dan prestasi keseluruhan pengoperasian sekolah dalam kalangan 37 sekolah agama swasta seluruh negara yang turut dinilai pentaksiran peringkat sekolah.
Tahniah kepada semua warga Hira'.
Moga terus cemerlang, kompeten dan kekalkan prestasi tinggi meneraju kualiti perkhidmatan terbaik.
Sumber : FB Official SMITQH
13 Mac 2024 | Institusi Pendidikan Hira' mengucapkan selamat kembali ke sekolah buat seluruh murid-murid Sekolah Rendah Islam Hira' Klang. Semoga hadir membawa harapan ibu bapa dan pulang dengan kejayaan. Aamiin..
JAWATAN KOSONG ; EKSEKUTIF PENTADBIRAN SUMBER MANUSIA & LATIHAN
berminat boleh hantarkan resume ke hr.kssb@hira.edu.my
23 Januari 2024 | Seramai 8 orang wakil IPH telah berkunjung ke UPSI pada 23 Januari 2024. Mereka terdiri daripada Dr Abdul Rahman Mohamed - Pengerusi Lembaga Pengelola, Institusi pendidikan Hira, Tn Hj Mohamed Fariz B Mohamed Fadhlullah - Pengurus Besar (merangkap Ketua Rombongan), Pn Wan Suriana Wan Hussain - Pengurus Sumber Manusia, Tn Isharuddin Ismail - Pengetua Sekolah Menengah dan Maahad Tahfiz Al Quran Hira, Pn Fauziah Ariffin - Guru Besar Sekolah Rendah Islam Hira, Pn Munira Abdul Majid - Timbalan Pengetua, Sekolah Menengah dan Maahad Tahfiz Al Quran Hira, En Mohd Iswan Mansor - Timbalan Guru Besar, Sekolah Rendah Islam Hira, En Abdul Rahim Bin Mohamad - Penolong Kanan Akademik SMI Hira. Turut menyertai rombongan IPHB ialah Dr Azma Mahmood - JK Latihan, Pendidikan IKRAM MUSLEH, Dr. Jailani bin Salihon - Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah Sri Al-Amin Bangi.
Bagaimanapun atas sebab yang tidak mengizinkan, hanya 8 wakil rombongan sahaja meneruskan perbincangan bersama pihak UPSI. Kunjungan ini bertujuan untuk mendapat input mengenai kepelbagaian pendekatan, kaedah dan teknik mengajar yang disediakan oleh UPSI dan peluang untuk mendapatkan tenaga pengajar daripada UPSI bagi membimbing kemahiran mengajar guru-guru di Institusi Pendidikan Kami. Selain itu, berbincang tentang peluang mengadakan kolaborasi latihan perguruan pihak kami dengan pihak UPSI termasuk mendapatkan penerangan tentang Pusat Ulul Albab UPSI.
Rombongan Hira tiba di dewan Censelori UPSI pada jam 10.00 pagi dan disambut oleh Dr. Noor Anida Zaria BINTI Mohd Noor, Timbalan Pengarah (Unit Teknologi & Inovasi), Dr. Yuhanis dari Pusat Pengembangan Akademik, Dr Samsudin Abd Hamid dan lain-lain. Selepas sesi penerangan dan diskusi wakil IPH bersama pihak UPSI, kami dibawa melawat ke Muzium Pendidikan Nasional, UPSI di Bangunan Suluh Budiman. Bangunan yang mula dibina pada Ogos 1919 dan kini digazetkan di bawah akta Warisan Kebangsaan 2005 sebagai Bangunan Warisan Kebangsaan pada 14 Februari 2009. Kami bertolak balik pada jam 12.30 tengahari. Perbincangan lanjut akan disambung oleh Unit Latihan dan Kualiti, Jabatan Sumber Manusia bersama dengan pihak PPA dan Pusat Ulul Albab bagi mendapatkan peluang kerjasama antara kedua pihak khususnya dalam bidang pembangunan kemahiran guru.
30 Disember 2023 | Tahniah kepada semua peserta Program PEWARIS Hira’ 2.0 yang berlangsung selama 2 hari 1 malam bertempat di Baitun Nur, Banting. Peserta adalah daripada kalangan Muallim Muallimah SRIH dan SMITQH, kakitangan Pejabat SDSB dan IPH serta Ahli Lembaga yang turut serta dalam program PEWARIS kali ini.
Sekalung Tahniah di ucapkan buat Prof Madya Zamri bin Abdul Rahman atas pelantikan sebagai Ahli Lembaga Pengelola Sekolah & Ahli Lembaga Pengarah Syarikat bagi Institusi Pendidikan Hira'.