Makluman
  1. INTERNSHIP KEWANGAN (BAHAGIAN KUTIPAN YURAN)
  2. INTERNSHIP KEWANGAN (BAHAGIAN KEMASUKAN PELAJAR)
  3. LAWATAN PENANDA ARAS PELAKSANAAN KELAS ALIRAN TAHFIZ KE SRI AL AMIN
  4. JAWATAN KOSONG: GURU TAHFIZ
  5. KEJAYAAN SEKOLAH MENENGAH ISLAM & MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN HIRA DALAM PERTANDINGAN JAZRO CUP PERINGKAT CENTRAL REGION 2025
  6. LAWATAN PENANDA ARAS PENGURUSAN DARI PUSAT PENDIDIKAN AL HIKMAH
  7. KEJAYAAN PERTANDINGAN ROKET STEM CHALLENGE PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2025
  8. CONGRATULATIONS TO MUALLIM FADHIL
  9. SRIH RANGKUL DUA ANUGERAH BERPRESTIJ TINGGI LZS
  10. SESI PERKONGSIAN DANA IPH BERSAMA MIEB
  11. UCAPAN SELAMAT HARI PEKERJA 2025
  12. TAHNIAH RASHAD MURID DARJAH 4 SRIH
  13. MAJLIS KHATAM ALQURAN 2024
  14. LAWATAN UNIVERSITI ISLAM NEGERI UIN SUNAN KALIJAGA, JOGJAKARTA INDONESIA KE SMITQ HIRA
  15. UCAPAN PERASMIAN MAJLIS MAKAN MALAM AMBANG 40 TAHUN HIRA
  16. ANUGERAH KECEMERLANGAN SPM
  17. SMITQH MENERIMA LAWATAN DARIPADA YAYASAN DINAMIKA UMAT BOGOR INDONESIA
  18. KURSUS PEMANTAPAN PERKHIDMATAN BAGI BARISAN HADAPAN
  19. SEKOLAH ISLAM HIRA BERTARAF 5 BINTANG
  20. TAHNIAH MURABBI SMITQH DI ATAS PENCAPAIAN
  21. PENERIMA ANUGERAH KECEMERLANGAN SPAIM23
  22. TAHNIAH PARA GRADUAN SPAIM
  23. LAWATAN MUHIBBAH PENGERUSI MAIS
  24. ANUGERAH INSPIRASI IBU SEMPENA SAMBUTAN HARI IBU PERINGKAT KEBANGSAAN 2024
  25. TAHNIAH BUAT SMITQH DI ATAS PRESTASI CEMERLANG
  26. SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
  27. MUKHAYAM GURU DAN STAF SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIRA & MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN HIRA
  28. JAWATAN KOSONG
  29. KUNJUNGAN WAKIL IPHB KE UPSI
  30. PERTANDINGAN TILAWAH AL QURAN 2023
  31. KEM PEWARIS LEGASI HIRA
  32. KEJOHANAN BADMINTON PIBG IPH 2023
  33. KUNJUNGAN ZIARAH DARIPADA SMA AL FALAH INDONESIA
  34. SEKALUNG TAHNIAH
  35. SEKALUNG TAHNIAH
  36. PERTAH 6 SRIH
  37. HARI SOLIDARITI SRIH
  38. TAHNIAH BUAT PASUKAN ROBOTIK SMITQH
  39. SESI AUDIT STANDARD KUALITI IKRAM MUSLEH
  40. KURSUS KEPIMPINAN ANSAR KALI KEDUA 2023
  41. APADILANGIT CANSAT WORKSHOP
  42. FASA PERTAMA PROJEK PERAKUAN SIAP DAN PEMATUHAN
  43. LAWATAN SRI AL AZHAR KE SRI HIRA
  44. UJIAN TRENDS IN INTERNATIONAL MATHEMATICS AND SCIENCE STUDY
  45. AKTIVITI BERMANFAAT CUTI SEKOLAH
  46. KORBAN PERDANA HIRA 2023 1444H
  47. KUNJUNGAN ZIARAH DUA DELEGASI DARIPADA INDONESIA
  48. LAWATAN MAHABBAH DELEGASI JAKIM KE SMI HIRA
  49. PERTANDINGAN KAMIL PERINGKAT NEGERI
  50. KUNJUNGAN ZIARAH DARIPADA TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH (TPPD)
  51. LAWATAN PPD KE SMITQH
  52. IHYA RAMADHAN COUNTDOWN
  53. LAWATAN MUHIBBAH KE SJKC PUI YING RANTAU PANJANG
  54. MAKLUMAN KENAIKAN KADAR YURAN 15% – BERMULA SESI 2023 / 2024
  55. TAHNIAH BUAT ALUMNI HIRA
  56. LAWATAN SILANG BUDAYA PENGANTARABANGSAAN DARI SMP SMR AR ROHMAH PUTERI KAMPUS 1 KE SMITQ HIRA JERAM
  57. SENAMROBIK HARI SUKAN NEGARA (HSN) SMITQH
  58. PROGRAM PROMOSI JUALAN PROTUNE NEGERI SELANGOR
  59. GOTONG - ROYONG SEKOLAH RENDAH ISLAM HIRA BERSAMA PIBG IPH
  60. PROGRAM JALINAN MESRA BERSAMA PIBG DAN IPH
  61. PROGRAM LAWATAN PENANDA ARAS IPH 2022
  62. MUDAH TINGKATAN 5
  63. PROJEK KOMUNITI HIDROPONIK SOLAR
  64. SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 65
  65. AUNGERAH SEKOLAH MENENGAH SWASTA CEMERLANG
  66. MAJLIS IFTAR PERDANA HIRA 1443H
  67. MAKLUMAN PENTING UNTUK SEMUA IBUBAPA / PENJAGA MURID DI SRIH DAN SMITQH
Image Banner

INTERNSHIP KEWANGAN (BAHAGIAN KUTIPAN YURAN)

Kami di Institusi Pendidikan Hira’ kini membuka peluang kepada pelajar warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk menyertai kami sebagai Internship Kewangan (Bahagian Kutipan Yuran). Calon mestilah mempunyai kemahiran dalam bidang perakaunan dan kewangan, serta berumur 18 tahun ke atas. Keutamaan diberikan kepada calon yang mampu bekerjasama dengan jabatan lain, menerima arahan dengan baik, mengurus proses pendaftaran sesi baharu dan mempunyai minat yang mendalam.


Jika berminat, hantarkan resume ke hr.kssb@hira.edu.my 

LAGI

INTERNSHIP KEWANGAN (BAHAGIAN KEMASUKAN PELAJAR)

Kami di Institusi Pendidikan Hira’ kini membuka peluang kepada pelajar warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk menyertai kami sebagai Internship Kewangan (Bahagian Pemasaran Kemasukan Pelajar). Calon mestilah mempunyai kemahiran dalam bidang pemasaran, IT dan multimedia, serta berumur 18 tahun ke atas. Keutamaan diberikan kepada calon yang mampu bekerjasama dengan jabatan lain, membantu dalam penyediaan bahan promosi, dan mempunyai minat dalam bidang pemasaran pendidikan.

Jika berminat, hantarkan resume ke hr.kssb@hira.edu.my 

 

LAGI

LAWATAN PENANDA ARAS PELAKSANAAN KELAS ALIRAN TAHFIZ KE SRI AL AMIN

Lawatan Penanda Aras Pelaksanaan Kelas Aliran Tahfiz (KAT) ke SRI Al-Amin, Wilayah Persekutuan.

Banyak input yang bermanfaat telah dikongsikan—dari aspek pengurusan, pelaksanaan hingga pendekatan yang memberi inspirasi. Semoga lawatan ini menjadi pemangkin semangat dan memperkukuh langkah kita dalam membangun kelas Al Quran & KAT SRIH dengan lebih tersusun dan berimpak

Semoga segala usaha ini menjadi asbab terbinanya generasi pewaris Al-Quran—berakhlak, berilmu, dan bersyukur.
Terus melangkah dengan yakin, bersama Al-Quran sebagai panduan. 

LAGI

KEJAYAAN SEKOLAH MENENGAH ISLAM & MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN HIRA DALAM PERTANDINGAN JAZRO CUP PERINGKAT CENTRAL REGION 2025

Pada 14 Ogos 2025 (Khamis), Sekolah Menengah Islam & Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ telah menyertai JAZRO Cup anjuran Jazari Robot bagi peringkat Central Region yang berlangsung di Rekascapes, Cyberjaya. Pertandingan ini menghimpunkan pasukan-pasukan sekolah dari seluruh zon tengah untuk bersaing dalam pelbagai kategori berkaitan teknologi dan robotik.

Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, pasukan Hira’ telah mencatatkan pencapaian yang membanggakan seperti berikut:

Kemenangan Utama

Tempat Pertama – Kategori Game of Drone Mission (Kumpulan 2)

Syed Imran Hakim Syed Muhammad Faizal

Syauqi Usayd bin Mohd Usayr

Tempat Kedua – Kategori Bytedroid (Kumpulan 1)

Fauzan bin Ihsan

Danial Hanif bin Mohammad

Tempat Keempat – Kategori Bytedroid (Kumpulan 2)

Uwais bin Abuzar

Muhammad Hazim bin Mohammad Hazime

Penyertaan dan Liga Akhir

Liga Akhir – Kategori Roboblitz (Kumpulan 3)

Muhammad Hazim bin Mohammad Hazime

Syed Imran Hakim Syed Muhammad Faizal

Syauqi Usayd bin Mohd Usayri

Uwais bin Abuzar

Kategori Roboblitz (Kumpulan 1)

Muhammad Amir Harith bin Mohd Rizal

Muhammad Adam Haiqal bin Fauzi

Aaira Umaira binti Noor Mohd Fadzli

Marissa Nisrina binti Marwan

Kategori Roboblitz (Kumpulan 2)

Fauzan bin Ihsan

Danial Hanif bin Mohammad

Muhammad Rayyan Darwisy bin Mohd Azam

Ahmad Fahmi bin Shahrin

Kategori Robot Combat

Muhammad Amir Harith bin Mohd Rizal

Muhammad Adam Haiqal bin Fauzi

Kategori Game of Drone Mission (Kumpulan 2)

Aaira Umaira binti Noor Mohd Fadzli

Marissa Nisrina binti Marwan

Guru pembimbing yang telah membimbing dan memberi sokongan kepada para peserta ialah:

Muallimah Rabiatul Adawiyah binti Imam Kaedi

Muallimah Siti Mastura binti Makenan

Muallimah Siti Najihah binti Ahmad Zu Safiuddin

 

Lebih membanggakan, Pasukan Game of Drone Mission Kumpulan 2 dan Pasukan Bytedroid Kumpulan 1 telah berjaya melayakkan diri untuk mewakili Zon Tengah ke JAZRO Cup Finale yang akan berlangsung pada 15 Ogos 2025 di lokasi yang sama.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua peserta dan guru pembimbing atas usaha, komitmen, dan semangat juang yang ditunjukkan. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat kepada seluruh warga Hira’ untuk terus cemerlang dalam bidang STEM dan kokurikulum, insya-Allah.

LAGI

LAWATAN PENANDA ARAS PENGURUSAN DARI PUSAT PENDIDIKAN AL HIKMAH

Pada 21 Julai, semalam telah selesai Lawatan Penanda Aras Pengurusan dari Pusat Pendidikan Al-Hikmah yang diketuai oleh Ustaz Mohd Fairul Nafazli, Pengurus Besar Jabatan Operasi Pendidikan, Pusat Pendidikan Al-Hikmah ke SMITQH.

Kedua-dua belah pihak saling belajar antara keduanya demi meningkatkan mutu pengurusan pendidikan yang lebih efektif dan holistik.

Semoga kedua-dua institusi ini akan lebih maju dalam dunia pendidikan dan semestinya dunia dakwah.

LAGI

KEJAYAAN PERTANDINGAN ROKET STEM CHALLENGE PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2025

Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, Sekolah Menengah Islam & Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ telah mencatat kejayaan membanggakan dalam Pertandingan Roket STEM Challenge Peringkat Negeri Selangor 2025 yang berlangsung pada 12 hingga 13 Julai 2025.

Pertandingan anjuran HEMRELL UiTM dengan kerjasama Agensi Angkasa Malaysia (MySA) ini telah menghimpunkan 36 buah sekolah seluruh negeri Selangor dalam satu pertandingan berprestij yang menguji kemahiran dan kreativiti pelajar dalam bidang sains dan teknologi.

Dua pasukan yang mewakili sekolah telah berjaya mengharumkan nama Hira’:

  • Pasukan "Jabir Ibnu Hayyan" meraih Tempat Kedua

  • Pasukan "Al-Biruni" memperoleh Tempat Kesebelas

Pasukan “Jabir Ibnu Hayyan”, yang dianggotai oleh:

  • Ammar Hazim bin Jasmi

  • Muhammad Alif Hazim bin Mohd Khadri

  • Haziq Haqimy bin Mohd Yazid

  • Muhammad Irfan Haqqi bin Muhammad Rahimi

  • Nor Arisya Najihah binti Nor Shahrul Nizam

  • Aisyah Irdina binti Abdul Halim

…telah berjaya melayakkan diri ke Pertandingan Malaysia Rocket Competition (MRC) Peringkat Antarabangsa yang dijadual berlangsung di Seberang Perak pada 2 hingga 4 September 2025.

Sementara itu, Pasukan “Al-Biruni” diwakili oleh:

  • Muhammad Faris Fahmie bin Mashudi

  • Muhammad Muaz bin Mohd Hidayat

  • Muhammad Wafiq bin Hasrul Azli

  • Muhammad Adam Harith bin Mohd Hadib

  • Faiz Ibrahim bin Yusmadi

  • Muhammad Al Fateh bin Idi

Kejayaan kedua-dua pasukan ini tidak akan terlaksana tanpa bimbingan dan komitmen tinggi daripada guru-guru pembimbing, iaitu:

  • Muallimah Siti Najihah binti Ahmad Zu Safiuddin

  • Muallimah Siti Mastura binti Makenan

  • Muallim Azmil bin Mohyidin

  • Muallimah Rabiatul Adawiyah binti Imam Kaedi

Pemilihan nama pasukan “Jabir Ibnu Hayyan” dan “Al-Biruni” adalah sebagai simbolik penghargaan terhadap tokoh-tokoh agung Islam dalam bidang sains, sekaligus menyuntik inspirasi kepada para pelajar untuk terus mengangkat legasi keilmuan Islam yang gemilang.

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua peserta dan guru pembimbing atas pencapaian cemerlang ini. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga Hira’ untuk terus menyerlah dalam bidang STEM dan kokurikulum, insya-Allah.

LAGI

JAWATAN KOSONG: GURU TAHFIZ

Kami di Institusi Pendidikan Hira kini membuka peluang kepada wanita warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk menyertai kami sebagai Guru Tahfiz. Calon mestilah berumur 23 tahun ke atas, memiliki SPM, dan sekurang-kurangnya Diploma Tahfiz Al-Quran (30 juzuk). Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai ijazah dalam bidang Matematik serta pengalaman sebagai guru Tahfiz.

Jika berminat, hantarkan resume ke hr.kssb@hira.edu.my 

 

 

LAGI

CONGRATULATIONS TO MUALLIM FADHIL

TOP 30 Educators Green Wira Programme Cohort 2.0

Alhamdulillah Sekolah Rendah Islam Hira appointed by Muallim Muhammad Fadhil bin Mahmud Fakri was choosen among top 30 over 254 educators from all across Malaysia under the Green Wira Programme Cohort 2.0.

Thank you for this awesome journey, eager to learn and contribute more for future zero waste generation. This is a trust given to SRIHIRA residents to carry it out with full responsibility and empathy in an effort to care for and preserve the environment for future generations. Lets do it together.

Green Wira Programme was endorsed by Kementerian Pendidikan Malaysia conducted by Zero Waste Malaysia in collaboration with Yayasan Bursa Malaysia, Yayasan Axiata, AWS and PWC.

#bersamakitazerowaste #zerowastemalaysia #greenwiraprogramme #rahmatanlilalamin
#ikrammusleh

LAGI

SRIH RANGKUL DUA ANUGERAH BERPRESTIJ TINGGI LZS

Syukur Alhamdulillah, Sekolah Rendah Islam Hira' (SRIH) yang bernaung dibawah Institusi Pendidikan Hira' (IPH) diiktiraf sebagai penerima dua anugerah utama oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) dalam Majlis Gemerlapan Rakan Strategik Zakat Selangor (GRASIAZ) pada 30 April 2025.
1. Anugerah Muaz Bin Jabal (Ejen Terbaik Keseluruhan) 2024
2. Anugerah Prestasi Komitmen & Pengurusan Terbaik 2024
 
IPH merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) atas kepercayaan serta bimbingan berterusan, dan kepada para muzakki yang menyalurkan zakat anda.
Terima kasih kerana terus bersama-sama memperkasa pendidikan Islam dan memupuk generasi rabbani.
 
LAGI

SESI PERKONGSIAN DANA IPH BERSAMA MIEB

Pada hari Rabu, 30 April 2025, Institut Pendidikan Hira' (IPH) telah mengadakan sesi perkongsian berkenaan dana IPH kepada sekolah-sekolah di bawah IKRAM Musleh (MIEB).

Bertempat di Pejabat IKRAM Selangor (PISEL), sesi ini dijalankan secara fizikal dan hybrid, melibatkan penyertaan wakil-wakil sekolah dari seluruh negara.

Sesi ini bertujuan untuk memperkenalkan peluang sokongan dana IPH serta membina jaringan kerjasama yang lebih kukuh antara IPH dan institusi pendidikan IKRAM Musleh.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan menyokong inisiatif ini. Semoga usaha ini memberi manfaat yang besar kepada pendidikan ummah.

LAGI

Image News
Image News
Image Banner