Makluman
  1. INTERNSHIP KEWANGAN
  2. JAWATAN KOSONG GURU
  3. LAWATAN DARI UNIVERSITI UMMUL QURA IQRA ARABIA ARAB SAUD
  4. INTERNSHIP KEWANGAN (BAHAGIAN KUTIPAN YURAN)
  5. INTERNSHIP KEWANGAN (BAHAGIAN KEMASUKAN PELAJAR)
  6. LAWATAN PENANDA ARAS PELAKSANAAN KELAS ALIRAN TAHFIZ KE SRI AL AMIN
  7. JAWATAN KOSONG: GURU TAHFIZ
  8. KEJAYAAN SEKOLAH MENENGAH ISLAM & MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN HIRA DALAM PERTANDINGAN JAZRO CUP PERINGKAT CENTRAL REGION 2025
  9. LAWATAN PENANDA ARAS PENGURUSAN DARI PUSAT PENDIDIKAN AL HIKMAH
  10. KEJAYAAN PERTANDINGAN ROKET STEM CHALLENGE PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2025
  11. CONGRATULATIONS TO MUALLIM FADHIL
  12. SRIH RANGKUL DUA ANUGERAH BERPRESTIJ TINGGI LZS
  13. SESI PERKONGSIAN DANA IPH BERSAMA MIEB
  14. UCAPAN SELAMAT HARI PEKERJA 2025
  15. TAHNIAH RASHAD MURID DARJAH 4 SRIH
  16. MAJLIS KHATAM ALQURAN 2024
  17. LAWATAN UNIVERSITI ISLAM NEGERI UIN SUNAN KALIJAGA, JOGJAKARTA INDONESIA KE SMITQ HIRA
  18. UCAPAN PERASMIAN MAJLIS MAKAN MALAM AMBANG 40 TAHUN HIRA
  19. ANUGERAH KECEMERLANGAN SPM
  20. SMITQH MENERIMA LAWATAN DARIPADA YAYASAN DINAMIKA UMAT BOGOR INDONESIA
  21. KURSUS PEMANTAPAN PERKHIDMATAN BAGI BARISAN HADAPAN
  22. SEKOLAH ISLAM HIRA BERTARAF 5 BINTANG
  23. TAHNIAH MURABBI SMITQH DI ATAS PENCAPAIAN
  24. PENERIMA ANUGERAH KECEMERLANGAN SPAIM23
  25. TAHNIAH PARA GRADUAN SPAIM
  26. LAWATAN MUHIBBAH PENGERUSI MAIS
  27. ANUGERAH INSPIRASI IBU SEMPENA SAMBUTAN HARI IBU PERINGKAT KEBANGSAAN 2024
  28. TAHNIAH BUAT SMITQH DI ATAS PRESTASI CEMERLANG
  29. SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
  30. MUKHAYAM GURU DAN STAF SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIRA & MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN HIRA
  31. JAWATAN KOSONG
  32. KUNJUNGAN WAKIL IPHB KE UPSI
  33. PERTANDINGAN TILAWAH AL QURAN 2023
  34. KEM PEWARIS LEGASI HIRA
  35. KEJOHANAN BADMINTON PIBG IPH 2023
  36. KUNJUNGAN ZIARAH DARIPADA SMA AL FALAH INDONESIA
  37. SEKALUNG TAHNIAH
  38. SEKALUNG TAHNIAH
  39. PERTAH 6 SRIH
  40. HARI SOLIDARITI SRIH
  41. TAHNIAH BUAT PASUKAN ROBOTIK SMITQH
  42. SESI AUDIT STANDARD KUALITI IKRAM MUSLEH
  43. KURSUS KEPIMPINAN ANSAR KALI KEDUA 2023
  44. APADILANGIT CANSAT WORKSHOP
  45. FASA PERTAMA PROJEK PERAKUAN SIAP DAN PEMATUHAN
  46. LAWATAN SRI AL AZHAR KE SRI HIRA
  47. UJIAN TRENDS IN INTERNATIONAL MATHEMATICS AND SCIENCE STUDY
  48. AKTIVITI BERMANFAAT CUTI SEKOLAH
  49. KORBAN PERDANA HIRA 2023 1444H
  50. KUNJUNGAN ZIARAH DUA DELEGASI DARIPADA INDONESIA
  51. LAWATAN MAHABBAH DELEGASI JAKIM KE SMI HIRA
  52. PERTANDINGAN KAMIL PERINGKAT NEGERI
  53. KUNJUNGAN ZIARAH DARIPADA TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH (TPPD)
  54. LAWATAN PPD KE SMITQH
  55. IHYA RAMADHAN COUNTDOWN
  56. LAWATAN MUHIBBAH KE SJKC PUI YING RANTAU PANJANG
  57. MAKLUMAN KENAIKAN KADAR YURAN 15% – BERMULA SESI 2023 / 2024
  58. TAHNIAH BUAT ALUMNI HIRA
  59. LAWATAN SILANG BUDAYA PENGANTARABANGSAAN DARI SMP SMR AR ROHMAH PUTERI KAMPUS 1 KE SMITQ HIRA JERAM
  60. SENAMROBIK HARI SUKAN NEGARA (HSN) SMITQH
  61. PROGRAM PROMOSI JUALAN PROTUNE NEGERI SELANGOR
  62. GOTONG - ROYONG SEKOLAH RENDAH ISLAM HIRA BERSAMA PIBG IPH
  63. PROGRAM JALINAN MESRA BERSAMA PIBG DAN IPH
  64. PROGRAM LAWATAN PENANDA ARAS IPH 2022
  65. MUDAH TINGKATAN 5
  66. PROJEK KOMUNITI HIDROPONIK SOLAR
  67. SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 65
  68. AUNGERAH SEKOLAH MENENGAH SWASTA CEMERLANG
  69. MAJLIS IFTAR PERDANA HIRA 1443H
  70. MAKLUMAN PENTING UNTUK SEMUA IBUBAPA / PENJAGA MURID DI SRIH DAN SMITQH
Image Banner

INTERNSHIP KEWANGAN

Peluang Internship Kewangan Kini Dibuka! Sertai pasukan kami untuk membina pengalaman berharga dalam bidang kewangan.

Faedah yang ditawarkan: 

  • Elaun praktikal & kupon makan 
  • Kemudahan perubatan 
  • Penginapan untuk staf bujang perempuan 

 

Lokasi: Klang, Selangor

Hubungi Unit Latihan: 013-3456025

Langkah pertama menuju kerjaya masa depan anda!

LAGI

JAWATAN KOSONG GURU

Kami di Institusi Pendidikan Hira sedang membuka jawatan kosong untuk guru. Kami mencari individu warganegara Malaysia, berumur 23 tahun ke atas, mempunyai sekurang-kurangnya Diploma atau Ijazah dalam bidang berkaitan, dan boleh membaca Al-Quran dengan baik.

Jika berminat, hantarkan resume ke hr.kssb@hira.edu.my 

 

 

LAGI

LAWATAN DARI UNIVERSITI UMMUL QURA IQRA ARABIA ARAB SAUD

2 September 2025 – Satu lawatan rasmi daripada Universiti Ummul Qura, Iqra’ Arabia, Arab Saudi telah berlangsung dengan jayanya di Hira’ pada Selasa, 2 September 2025. Lawatan ini bertujuan membincangkan peluang kerjasama dalam bidang pendidikan dan pembelajaran Bahasa Arab antara kedua-dua institusi.

Delegasi yang diketuai oleh Abdullah Bawazir, Ketua Pegawai Eksekutif Iqra’ Arabia, Universiti Ummul Qura, turut disertai oleh Ustaz Shahrul dari Yayasan Mahasiswa. Perbincangan yang diadakan dari jam 3.00 hingga 4.30 petang itu melibatkan semua Jawatankuasa Panitia Subjek (JPS) SMITQH, serta guru-guru Panitia Bahasa Arab.

Alhamdulillah, pertemuan ini berjalan dengan baik dan bermanfaat. Hasil perbincangan telah merangka perancangan strategik ke arah memartabatkan Bahasa Arab sebagai bahasa dunia melalui sistem pendidikan yang berteraskan pengalaman Universiti Ummul Qura.

Diharapkan peluang kerjasama ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya demi kebaikan warga Hira’ khususnya, dan masyarakat global umumnya.

“Bahasa Arab Bahasa Dunia.”

LAGI

INTERNSHIP KEWANGAN (BAHAGIAN KUTIPAN YURAN)

Kami di Institusi Pendidikan Hira’ kini membuka peluang kepada pelajar warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk menyertai kami sebagai Internship Kewangan (Bahagian Kutipan Yuran). Calon mestilah mempunyai kemahiran dalam bidang perakaunan dan kewangan, serta berumur 18 tahun ke atas. Keutamaan diberikan kepada calon yang mampu bekerjasama dengan jabatan lain, menerima arahan dengan baik, mengurus proses pendaftaran sesi baharu dan mempunyai minat yang mendalam.


Jika berminat, hantarkan resume ke hr.kssb@hira.edu.my 

LAGI

INTERNSHIP KEWANGAN (BAHAGIAN KEMASUKAN PELAJAR)

Kami di Institusi Pendidikan Hira’ kini membuka peluang kepada pelajar warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk menyertai kami sebagai Internship Kewangan (Bahagian Pemasaran Kemasukan Pelajar). Calon mestilah mempunyai kemahiran dalam bidang pemasaran, IT dan multimedia, serta berumur 18 tahun ke atas. Keutamaan diberikan kepada calon yang mampu bekerjasama dengan jabatan lain, membantu dalam penyediaan bahan promosi, dan mempunyai minat dalam bidang pemasaran pendidikan.

Jika berminat, hantarkan resume ke hr.kssb@hira.edu.my 

 

LAGI

LAWATAN PENANDA ARAS PELAKSANAAN KELAS ALIRAN TAHFIZ KE SRI AL AMIN

Lawatan Penanda Aras Pelaksanaan Kelas Aliran Tahfiz (KAT) ke SRI Al-Amin, Wilayah Persekutuan.

Banyak input yang bermanfaat telah dikongsikan—dari aspek pengurusan, pelaksanaan hingga pendekatan yang memberi inspirasi. Semoga lawatan ini menjadi pemangkin semangat dan memperkukuh langkah kita dalam membangun kelas Al Quran & KAT SRIH dengan lebih tersusun dan berimpak

Semoga segala usaha ini menjadi asbab terbinanya generasi pewaris Al-Quran—berakhlak, berilmu, dan bersyukur.
Terus melangkah dengan yakin, bersama Al-Quran sebagai panduan. 

LAGI

KEJAYAAN SEKOLAH MENENGAH ISLAM & MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN HIRA DALAM PERTANDINGAN JAZRO CUP PERINGKAT CENTRAL REGION 2025

Pada 14 Ogos 2025 (Khamis), Sekolah Menengah Islam & Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ telah menyertai JAZRO Cup anjuran Jazari Robot bagi peringkat Central Region yang berlangsung di Rekascapes, Cyberjaya. Pertandingan ini menghimpunkan pasukan-pasukan sekolah dari seluruh zon tengah untuk bersaing dalam pelbagai kategori berkaitan teknologi dan robotik.

Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, pasukan Hira’ telah mencatatkan pencapaian yang membanggakan seperti berikut:

Kemenangan Utama

Tempat Pertama – Kategori Game of Drone Mission (Kumpulan 2)

Syed Imran Hakim Syed Muhammad Faizal

Syauqi Usayd bin Mohd Usayr

Tempat Kedua – Kategori Bytedroid (Kumpulan 1)

Fauzan bin Ihsan

Danial Hanif bin Mohammad

Tempat Keempat – Kategori Bytedroid (Kumpulan 2)

Uwais bin Abuzar

Muhammad Hazim bin Mohammad Hazime

Penyertaan dan Liga Akhir

Liga Akhir – Kategori Roboblitz (Kumpulan 3)

Muhammad Hazim bin Mohammad Hazime

Syed Imran Hakim Syed Muhammad Faizal

Syauqi Usayd bin Mohd Usayri

Uwais bin Abuzar

Kategori Roboblitz (Kumpulan 1)

Muhammad Amir Harith bin Mohd Rizal

Muhammad Adam Haiqal bin Fauzi

Aaira Umaira binti Noor Mohd Fadzli

Marissa Nisrina binti Marwan

Kategori Roboblitz (Kumpulan 2)

Fauzan bin Ihsan

Danial Hanif bin Mohammad

Muhammad Rayyan Darwisy bin Mohd Azam

Ahmad Fahmi bin Shahrin

Kategori Robot Combat

Muhammad Amir Harith bin Mohd Rizal

Muhammad Adam Haiqal bin Fauzi

Kategori Game of Drone Mission (Kumpulan 2)

Aaira Umaira binti Noor Mohd Fadzli

Marissa Nisrina binti Marwan

Guru pembimbing yang telah membimbing dan memberi sokongan kepada para peserta ialah:

Muallimah Rabiatul Adawiyah binti Imam Kaedi

Muallimah Siti Mastura binti Makenan

Muallimah Siti Najihah binti Ahmad Zu Safiuddin

 

Lebih membanggakan, Pasukan Game of Drone Mission Kumpulan 2 dan Pasukan Bytedroid Kumpulan 1 telah berjaya melayakkan diri untuk mewakili Zon Tengah ke JAZRO Cup Finale yang akan berlangsung pada 15 Ogos 2025 di lokasi yang sama.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua peserta dan guru pembimbing atas usaha, komitmen, dan semangat juang yang ditunjukkan. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat kepada seluruh warga Hira’ untuk terus cemerlang dalam bidang STEM dan kokurikulum, insya-Allah.

LAGI

LAWATAN PENANDA ARAS PENGURUSAN DARI PUSAT PENDIDIKAN AL HIKMAH

Pada 21 Julai, semalam telah selesai Lawatan Penanda Aras Pengurusan dari Pusat Pendidikan Al-Hikmah yang diketuai oleh Ustaz Mohd Fairul Nafazli, Pengurus Besar Jabatan Operasi Pendidikan, Pusat Pendidikan Al-Hikmah ke SMITQH.

Kedua-dua belah pihak saling belajar antara keduanya demi meningkatkan mutu pengurusan pendidikan yang lebih efektif dan holistik.

Semoga kedua-dua institusi ini akan lebih maju dalam dunia pendidikan dan semestinya dunia dakwah.

LAGI

KEJAYAAN PERTANDINGAN ROKET STEM CHALLENGE PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2025

Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, Sekolah Menengah Islam & Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ telah mencatat kejayaan membanggakan dalam Pertandingan Roket STEM Challenge Peringkat Negeri Selangor 2025 yang berlangsung pada 12 hingga 13 Julai 2025.

Pertandingan anjuran HEMRELL UiTM dengan kerjasama Agensi Angkasa Malaysia (MySA) ini telah menghimpunkan 36 buah sekolah seluruh negeri Selangor dalam satu pertandingan berprestij yang menguji kemahiran dan kreativiti pelajar dalam bidang sains dan teknologi.

Dua pasukan yang mewakili sekolah telah berjaya mengharumkan nama Hira’:

  • Pasukan "Jabir Ibnu Hayyan" meraih Tempat Kedua

  • Pasukan "Al-Biruni" memperoleh Tempat Kesebelas

Pasukan “Jabir Ibnu Hayyan”, yang dianggotai oleh:

  • Ammar Hazim bin Jasmi

  • Muhammad Alif Hazim bin Mohd Khadri

  • Haziq Haqimy bin Mohd Yazid

  • Muhammad Irfan Haqqi bin Muhammad Rahimi

  • Nor Arisya Najihah binti Nor Shahrul Nizam

  • Aisyah Irdina binti Abdul Halim

…telah berjaya melayakkan diri ke Pertandingan Malaysia Rocket Competition (MRC) Peringkat Antarabangsa yang dijadual berlangsung di Seberang Perak pada 2 hingga 4 September 2025.

Sementara itu, Pasukan “Al-Biruni” diwakili oleh:

  • Muhammad Faris Fahmie bin Mashudi

  • Muhammad Muaz bin Mohd Hidayat

  • Muhammad Wafiq bin Hasrul Azli

  • Muhammad Adam Harith bin Mohd Hadib

  • Faiz Ibrahim bin Yusmadi

  • Muhammad Al Fateh bin Idi

Kejayaan kedua-dua pasukan ini tidak akan terlaksana tanpa bimbingan dan komitmen tinggi daripada guru-guru pembimbing, iaitu:

  • Muallimah Siti Najihah binti Ahmad Zu Safiuddin

  • Muallimah Siti Mastura binti Makenan

  • Muallim Azmil bin Mohyidin

  • Muallimah Rabiatul Adawiyah binti Imam Kaedi

Pemilihan nama pasukan “Jabir Ibnu Hayyan” dan “Al-Biruni” adalah sebagai simbolik penghargaan terhadap tokoh-tokoh agung Islam dalam bidang sains, sekaligus menyuntik inspirasi kepada para pelajar untuk terus mengangkat legasi keilmuan Islam yang gemilang.

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua peserta dan guru pembimbing atas pencapaian cemerlang ini. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga Hira’ untuk terus menyerlah dalam bidang STEM dan kokurikulum, insya-Allah.

LAGI

JAWATAN KOSONG: GURU TAHFIZ

Kami di Institusi Pendidikan Hira kini membuka peluang kepada wanita warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk menyertai kami sebagai Guru Tahfiz. Calon mestilah berumur 23 tahun ke atas, memiliki SPM, dan sekurang-kurangnya Diploma Tahfiz Al-Quran (30 juzuk). Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai ijazah dalam bidang Matematik serta pengalaman sebagai guru Tahfiz.

Jika berminat, hantarkan resume ke hr.kssb@hira.edu.my 

 

 

LAGI

Image News
Image News
Image Banner